Antara dua darjat..... Hmmmm

antara realiti dan tidak...

dua papan tanda yang agak berbeza tetapi tujuannya tetap sama... daripada organisasi yang sama. antara yang berbeza... tempat dimana papan tanda tu di pacak juga berlainan tempat. cuma kita fikirkan sejenak dan renung gambar di bawah ni.... sambil tu cuba fikirkan tentang kesan perbezaan yang ada pada gambar tu.

gambar kat atas ni aku ambik masa cuti2 malaysia di negeri hang tuah...

aku tak pasti lah pulak keturunan hang tuah suka budaya penjajah kut... tapi masa hang tuah ada dulu bukankah dia bermatian menentang penjajah... masa aku tengok papan tanda tu aku terfikir hal ni... kesian kat hang tuah dan sahabat2nya yang lain... penat2 lawan penjajah tetiba anak cucu dia mengagungkan budaya penjajah... oh ya aku teringat satu perkara... masa zaman tuah dulu dia orang laksanakan hukum kanun melaka... dalam hukum kanun melaka tu dia orang laksanakan hukum atau undang2 yang ikut syari'at Islam... dengan erti kata lain... hukum Islam... boleh pulak kan... masa tu takder internet... tapi boleh laksana.... sekarang broadband pon ada... tapi tak boleh laksana.... kenapa tak boleh?? cuba fikirkan... ada orang kata sebab masyarakat kita belum cukup maklumat tentang hukum tu... dan perlu di"educate"kan... yang jadi persoalan aku sampai bila nak tunggu maklumat tu betul2 orang faham... sebab setiap saat ada kelahiran baru... belum yang ada mati dah lahir pulak yang baru... jadik macam tak akan habis2lah kita nak beri orang faham... sebab tak sempat faham yang hidup akan mati dan yang dalam perut keluar ke bumi..... hmmmmm


gambar ni aku ambil masa balik kampung isteri aku di negeri cik siti wan kembang...

apakah orang kat tempat ni tak ada internet???.... tak sampaikah mesej iklan tu kalau model tu pakai tudung???....

aku biarkan korang fikir2kan...

adiosssss.......

Khamis malam Jumaat

Dah hampir pukul satu pagi... aku tengah tunggu adik2, abah dan ibu sampai dari KL. esok sepupu aku akan bernikah dengan orang Jitra. ramai jugak rombongan keluarga aku dari KL. cuma yang menginap di rumah aku ialah adik beradik (tak semua datang) dan ibu abah. yang lain mungkin singgah rumah aku kejap kut... sebab depa naik bas... hmmm maksud aku satu bas tu rombongan dari KL... dan satu bas tu jugak keluarga aku dari KL... huh kalau satu bas lepak rumah aku macam mana ye.... hmmm... singgah ok.

suka orang datang rumah :)

sesambil tengok astro rancangan AFC.... asian food channel... tajuknyareturn to river cottage. hmmm.... macam biasalah, ni rancangan wajib aku. wife aku cukup tak suka channel ni hahahaha... tapi aku suka sangat tengok rancangan masak2 ni... satu lagi channel travel... huh tak berganjak aku depan tv (masa terluang jer... tak selalu ponnnn)




ni ruang harian aku di pejabat. 60% masa aku habiskan kat sini. aku rasa dah tiba masanya aku ubah kedudukan yang lebih strategik. hmmm.... tapi bila ye. isy malas pulak nak alih2 barang2 ni... tunggulah hari rajin aku




keadaan salah satu daripada bilik dekat rumah aku. dindingnya retak, kalau hujan lebat beserta dengan angin mesti air masuk. bertakung air dalam bilik tu... masuk kali ni dah dua kali tilam aku basah. tapi bila aku tengok dekat luar bangunan, dindingnya dah bertampal. tapi air masih lagi masuk.... kualiti ke produktiviti??? atau buat tak peduli....



ni amni... anak aku yang sulung... dia tengah cuba tudung yang umi dia baru beli.... masih dalam proses penyesuaian...

Rumah: Jaga amni, demam campak

aku upload gambar

rasa tak sihat :(

semalam hari konvokesyen di tempat aku. raja perlis sudi mencemar duli untuk menyampaikan skrol untuk para pelajar. aku terlibat secara langsung.




VIP.... tempat duduk orang berjawatan tinggi.... kononnya


para graduan mengambil tempat.


sehari sebelum hari kejadian.......


pancaragam polis..... hmmm dengarnya ada bayaran yang agak mahal terlibat.


proses persiapan terakhir... yang baju oren tu ustaz razak... nampaknya dia antara yang paling sibuk sepanjang majlis konvokesyen.... sebelum, semasa dan selepas.


aku tak sihat :(


dua tiga hari ni aku tak sihat... demam selsema dan batuk. tapi aku pegi gak bertugas pada ari konvo tu... tahan jer ler. lepas jer konvo, petang tu aku dah tak tahan sangat, balik jer rumah makan ubat terus "blackout" sampai lewat petang. apa taknya.... aku demam tak ler teruk... tapi ubat sampai empat jenis.... huh kenyang makan ubat aku.


anak aku kena demam campak... semalam umi dia yang jaga... hari ni aku pulak yang jaga.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.