Trauma sakit belakang

catatan kali ni aku nak mulakan dengan isu sakit belakang.... atau lebih sedap dan international sikit bunyinyer.... back-pain.... beberapa tahun yang lalu aku amat menderita dengan penyakit ni. hmmm aku malas nak kata penyakit.... boleh aku guna sakit jer?... boleh lah ye... lama jugak aku sakit... mulanya rasa macam biasa saja.... sakit biasa. akhirnya bila cek kat hospital guna teknologi MRI .... sah dish tulang belakang aku dah belaku slip disk.... lebih spesifik lagi terdapat kesan pecah pada sendi tulang tu. rentetan daripada tu pada tulang yang pecah tu tumbuh tunggul tulang yang menekan saraf tunjang aku.... keadaan ni berlaku pada bahagian lumbar... rujuk rajah kat atas tu...

tak lama lepas tu aku buat operation... lama gak aku tesadai kat hospital.... lepas pembedahan tu aku kena buat fisiotrapi.... ubat pon kena makan....

sekarang... dah beberapa tahun berlalu, aku rasa lebih selesa... walaupon sakit belakang tu takkan hilang. apa bezanya dulu dan sekarang.... dulu aku boleh angkat barang berat... la ni takleh... dulu boleh jogging dengan ekstrem... la ni tak leh dah.... silap tidur pon sakit badan... eh apa kesan pembedahan tu... kesannya disk aku tu dah ok... cuma sakit kat bahagian otot sahaja... pada tulang ... tak lagi. bangun pagi pon sakit gak.... kena ambik masa dulu pastu baru boleh jalan.....

cuma yang pasti aku tak sama dengan aku yang dulu.... walaupun aku buat sesuatu macam dulu gak.... bukan apa dah biasa.....

hmmm.... ada kekurangan yang harus aku bayar daripada kelebihan yang aku sisiakan.......

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.