Ceritera: Mikrofon atas mimbar

[gambar hiasan ehsan dari koleksi gambar dalam henset aku jugak]

Dari atas mimbar imam tua masjid memberi arahan kepada semua orang di luar masjid... "saudara yang di luar masjid dan yang masih berniaga sila masuk ke ruang masjid kerana sebentar lagi solat jumaat akan di langsungkan"... maklum imam yang dah menjangkau umur 70 tahun dengan suara garau dan tegas. sebenarnya imam tua ni memang terkenal dengan sikap tegas dan garang orangnya. pernah suatu hari ada anak kariah pakai seluar pendek buat dek jalan tepi masjid nak ke kedai dipanggilnya. sebab apa... sebab waktu tu azan zohor baru sahaja sudah dilaungkan oleh bilal yang juga tua. anak kariah tadi ditegur secara berhemah. dan kesan teguran itu anak kariah tersebut kini merupakan "orang masjid" yang amat taat.

imam tua telah sempurna mengepalai solat jumaat pada hari itu. dari riak mukanya seperti ada sinar kelegaan. lega kerana tanggungjawabnya pada tengahari tu dah selesai. sedang imam tua duduk berzikir di sudut kanan depan masjid datang seorang remaja datang manghampiri. pemuda yang berseluar jeans dari jenis levi's sedikit lusuh berkemeja T yang tertulis di hadapan bajunya "aku ingin bebas" menghampiri imam tua lantas duduk tawaruk di sebelah kanan imam tua.

"imam nak tanya sikit boleh tak". kata pemuda yang kelihatan seperti kumpulan rock, cuma rambutnya tersisir molek.

"boleh, apa dia". jawab imam sambil menghadapkan seluruh tubuhnya kepada pemuda tadi sambil lontaran senyum manis yang begitu ikhlas.

"saya nak tanya pasal kiamat dan pasal filem 2012 tu". tanya pemuda tu dengan serius. imam tua tersenyum dan menarik nafas pendek dan menyambung,

" Oooo tentang itu, beginilah sekarang saya belum ada jawapannya."

"bolehtak anak datang semula selepas asar."

"insyaAllah saya akan cuba berikan jawapan yang terbaik. boleh kan". sambil memegang belakang pemuda tadi.

"insyaAllah Pak Imam". pemuda itu bersalaman dengan imam tua sambil mencium tangan dan berjalan ke belakang masjid. setelah solat sunat dua rakaat pemuda tadi terus keluar masjid dengan di dahului kaki kiri dan doa keluar masjid.

bersambung....

4 comments:

kokospolios 11:19 PM  

bile nak sambung ni?

askRAIN 2:51 PM  

kokopolios: InsyaAllah dalam masa terdekat... buat masa ni saya agak berkesempatan mengetuk keyboard laptop saya...

kalau ada sambutan cerpen tu akan dipanjangkan lagi... insyaAllah.

Taher Kasa 11:02 AM  

menarik.., menanti dengan penuh kesabaran.

askRAIN 10:59 PM  

en taher: tq.... itu satu motivasi untuk saya. lama dah nak tulis cerpen, cuma jarang ada kesempatan. kalau ada masa yang terluang cerita akan dipanjangkan....

nantikan siri2 yang akan datang... siri yang akan memaparkan ilmu pengetahuan yang tersirat untuk difahami dengan berlapang dada dan dengan ilmu.... iklan :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.