Januari: Umur yang berkurang

Semalam yang berlalu membuatkan aku bertanya kepada diri sendiri...."berapa banyakkah aku manfaatkan diri ini untuk kebaikan"... susah untuk soalan yang aku sendiri lontarkan. orang bercerita perihal mati. Dan dah pasti mati itu akan datang menjemput. setiap orang cara jemputan tu berbeza. "apakah aku yakin yang akan datang menjemput aku tu nanti manis perwatakannya". lagi satu soalan yang tak ada siapa berani jawab.

pernah seorang alim menangis teresak2 menceritakan perihal mimpinya. katanya (lebih kurang ler), dalam mimpi tu dia nampak satu halakah manusia.... kumpulan manusia.... sedang dalam majlis ilmu. kelihatan seorang lelaki sedang mengajarkan sesuatu. dia cuba untuk masuk tapi tak mampu. dia hanya duduk diluar kumpulan orang tadi sambil menyusun selipar... bila selesai majlis tersebut dia bertanya orang, siapakah yang mengajar sebentar tadi. orang berkata, itu rasulullah s.a.w. orang alim tu sambil sebak berkata, tara dia pon layak susun selipar jer. dimana tahap aku waktu ini.

huh... itu orang alim yang memang orang tau dia alim dan hebat ilmu agamanya.... aku ni.... hmmm...

bukan januari permulaan tahun untuk umur bertambah. cuma, januari datang saban tahun untuk mengurangkan umur aku dan mengurangkan sedikit demi sedikit nikmat yang aku miliki.

sejak dua menjak ni aku macam rasa seronok dan beridea untuk cuba menulis cerpen... aku amat minat menulis ni. cuma sekarang aku buat secara curi2 saja. Mikrofon atas mimbar, cubaan aku yang pertama. aku peminat sasterawan negara abdullah hussain. dan novel imam banyak mempengaruhi aku. novel tu aku baca masa zaman aku sekolah menengah lagi. jadi aku cuba menulis dengan gaya aku sendiri berdasarkan pengalaman dan pemerhatian aku sejak sekian lama dan sejak aku berada di beberapa tempat dan suasana. aku akan cuba menulis untuk perkongsian bersama. cuma aku bukan professional dan ada pendidikan formal menulis. aku sekadar menyuarakan isi hati aku. aku nak guna ayat pkksabah "ini blog aku, aku punya sukalah nak tulis apa" hehehehe...

sekarang ada isu keselamatan sebaran maklumat guna blog... pulak.... ada undang2 yang pantau blogger. tak boleh tulis sembarangan. lorrr.... suka hati orang lah nak tulis apa pon. kalau macam tu kenapa pihak yang berwajib tak sekat jer laman web judi, porno dan ajaran sesat. aku rasa semua ni ada hubungkait dengan politik kepartian. niiiiilah yang aku meluat. sini politik, sana politik.... yang jadi mangsa, orang lain yang tak ada kaitan dengan kepentingan politik. cesssss.... pakcik2 yang berwajib aku rasa pakcik2 semua kena adil jugak. jangan pilih bulu. lagi satu.... sekatlah laman2 web yang negatif tu dulu.... aku sokong apa yang depa nak buat, cuma adillahhhh..... aku rasa lepas ni semua blogger hanya tulis pasal serangga jer... tak pon pasal binatang kesayangan.... bagi aku apa orang nak tulis ponnnn..... biaq pi lah kat depa. yang penting kaji kesahihan semua maklumat sebelum buat apa2 tindakan yang sangat kurang cerdik....

k lah, nak komen gambar bawah ni pulak....



suasana lepas maghrib kat tempat aku.... pinjam henset wife aku untuk capture pict. ni...tq darling hehehehe.... dia tak taupon tetiba jer dia tanya macam mana gambar tu ada kat henset dia... :)






kat tempat aku dah masuk musim luruh.... angin kuat bertiuuuuup musim layang2 banyak dijual kat kedai...







dah hampir maghrib......








amni masih taknak turun buaian tu..... puas jugak nak pujuk dia suruh balik....







beban tambahan yang aku kurang suka dan kurang upaya nak buat.... biaqlaaaaa aku buat jadual waktu jer..... kenapa aku pulak yang dipilih.... kan ramai lagi orang akaun.... aku ni sembang boleh ler.... bab debit kredit ni aku memang sengal banyak.... huh... aaaaaaaaaaaaarrrrrghhh..... (awaiting for six month...)



oh ya pasal cerpen aku yang teruggul tu nantikan sambungannya..... aku tengah atur idea dalam kepala otak aku ni. banyak sangat idea yang nak aku lontar keluar.... kekadang keluar... tu yang panjang aku tulis... tapi bila idea sangkut tu yang aku tulis bersambung tu.... hahahaha.... apa2pon nantikan kesudahan yang pasti tak dijangka dan disangka.

tungggguuuuuuu.....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.