Tampal gambar lagi

tampal gambar.....

tak ngantuk pulak.... hmmmm.



aktiviti mingguan aku.... ke pasar tani (nat pokok getah)


cuba cari mana aku.... :)





wife aku tengah beli sayur.... haaaa jangan salah sangka ye.... bukan yang free hair baju sendat seluar pendek kat depan tu... wife aku yang pakai tudung coklat tu.... aku jaga anak aku lerrr






pokok cili yang aku tanam kat belakang rumah.... dah berbuah pon. setakat ni sebijik jer yang dah merah dan aku makan... jimat sket. mujur ikan takleh tanam dan keluarkan buah ikan.... heheheh






dinner student...... huhh.... berpinar mata aku malam tu.... daripada terus berpinar, aku cabut awal malam tu.









rama2..... aku ambik gambar ni untuk tunjuk kat anak aku. dia sukaaaa sanngat rama2.... baju pun nak yang ada rama2... seluar pon kena ada rama2....

Orang yang bertanya tak semestinya tahu apa yang ditanya.... hmmmm

dah beberapa hari ni cuaca agak panas dan berbahang. semalam tak lena aku tidur. berpeluh. rasanya kipas dah maksimum. jadik malam ni aku tidur kat ruang tamu sambil update blog ni :) ruang tamu luas sikit... peredaran udara pon luas... lagi luas lagi sejuk.... teori baru aku... amacam boleh buat tajuk Phd tak hahahaha.... Oopss

siang tadi aku kena observe dengan ketua program... aku ok jer, cuma ada ler sikit rasa cuak..

lepas buat lab sekejap aku lari pulak ke dewan kuliah utama... ada pembentangan projek pelajar semester akhir. tak banyak aku dapat tengok. ada beberapa pembentangan dapat aku tengok.... pada aku keseluruhan projek ada peningkatan daripada semester yang lepas. cuma kadang2 komen dari juri tidak begitu relevan dengan projek pelajar. kekadang perkara macamni akan menyebabkan kreadibiliti juri tu akan jatuh. maaf aku terpaksa nak tulis gak kat sini... ada juri komen projek berasaskan multimedia tak menepati objektif sebabnya tak ada salah satu elemen multimedia.. isy aku pelik jugak gitu..nak jawab, aku bukan reti sangat nak bertekak dengan orang.. bagi aku asalkan ada lebih dari satu elemen multimedia sudah cukup... tak perlulah nak masukkan semua elemen2 multimedia dalam projek.... hmmm kalau jadi macam ni pelajar akan persoalkan komen dan orang yang beri komen.... isy hangat pulak aku .... hehehehe...

dari dewan aku ke klinik kejap.... nak bagi suntikan untuk anak aku... tapi tak jadi sebab anak aku perlu masa sebulan lagi... alasan... sebab anak aku baru sihat dari demam campak.... hmmmm....

petang aku ke dewan.... semuanya mantop.... kalau aku bukak syarikat nanti aku panggil depa... ceeeeewah... bila laaaa aku nak setup syarikat.... modal nak beli barang rumah pon ciput apalagi syarikat...... oh ya syarikat virtual boleh gak kan.... hmmmm... aku nak jual racun pembunuh kutu secara online....sapa yang ada kutu beli ubat kat aku .... online tuuuuuuu...

balik pejabat..... hmmm fikir menu apa malam ni ek... biasalah... wife aku masak.... aku.... hmmm aku.... aku bagi cadangan jer... malam ni makan ayam masak kicap masakan wife aku.... nyam nyam... sedapppp.... setakat ni tak de yang tak sedap wife aku masak... masak air pon sedap hehehehe.

eh dah pukul berapa ni..... ngantuk pulak rasanya...



saja tampal gambar....

sapalah yang guna tablet tu pastu tak letak yang sepatutnya isy...isy... cobaaaaaaan..





tunggu student kejap..... dulu student tungu cikgu.... sekarang terbalik plak....







p/s: hausssss.... minummmmmm.... hmmmmmm

Lawak lawaknya

ada dua lagi footage yang aku nak kongsikan... bukan apa aku ni minat sangat cerita bujang lapok. aku ada beberapa lagi footage tapi panjang sangat. kalau upload makan masa.. jadik saksikanlah....

video

ni footage yang kedua.... semuanya ada pengajaran yang jelas tersirat dibalakang semua footage yang aku sempat uploadkan ni. jadik layannnnnn....

video

Lawaknya lawak

saja nak kongsi footage yang aku capture guna mobile aku. mungkin kualiti suara dan videoa agak kurang. cuma aku saja nak kembalikan nostalgia korang. aku nak tanya.... sama tak lawak dulu dengan lawak sekarang. aku macam menyampah lawak2 yang ada dalam tv sekarang. dahlah lawak ikut sedap jer... tak ada isi langsung.... tak ada mesej.... hmmm... pokoknya aku tak suka. tapi bukan semua yang aku tak suka ler.... ada yang aku suka gak.... contohnya macam cerita2 afdlin shauki and the gang... depa ni best gak.... takderlah nak lawak lucahhhhhh jer...

kepada pembikin filem lawak di luar sana... tolonglah matangkan lawak korang. takkpon matangkan karya korang. sebelum takder orang yang matang tengok cerita korang.

sekarang ni bnyak raja yang jadi pelawak.... raja lawak.... tapi bila aku tengok nak tergelak pon payah... sebab lawak yang seakan-akan kurang cerdik... isy entah ler.... bagi aku ler sesiapa yang teringin sangat nak duit cepat jadi pelawak yang berstatus raja... baik berniaga secara kecil kecilan lagi berkat dan tahan lama.

cuba tengok footage ni dan bandingkan dengan lawak semasa....

video

Bukan tak nak tulis

terasa agak lama jugak aku tak update blog ni. bukan malas... tapi masa yang ada aku gunakan untuk siapkan beberapa perkara yang masih tertangguh untuk aku siapkan. bukan tu saja... masa dengan anak kena ambil kira jugak.... main2 dengan dia. bahan.... maksud aku... gambar bnyak aku ambik untuk aku kongsi kat dalam blog ni cuma masa nak upload gambar tu tak dapat lagi. kali ni ni saja yang sempat aku upload..

beberapa waktu ni aku kerap didatangi oleh pelajar2 yang nak siapkan projek akhir masing2. suruh aku komen dan mintak bantuan. aku ok jer cuma kekadang tu aku sendiri tak boleh jawab apa yang depa tanya.... jadik balik rumah kenalah aku cari jawapan yang lebih tepat.




anak aku tolong tanda dan periksa kertas jawapan ujian 2 pelajar aku







amni dalam proses untuk belajar macamnama nak lipat kain... hmmm....






aik.... mana amni..... Oooo dalam bakul. tu lah tugas utama amni bila umi dia lipat kain...







rehat sekajap untuk minum susu.....

Mari belajar pakai kain sarung batik

mungkin ada yang masih lagi tak reti untuk pakai kain batik, terutama kaum hawa. kain batik ni pakaian orang perempuan di rumah... maksud aku uniform diaorang hehehe.... jangan marah arrr.... tapi sekarang tak ramai golongan ni yang pakai kain batik di rumah. depa lebih suka pakai seluar atau yang sewaktu dengannya. kain batik kalau dilihat dipakai oleh kaum hawa di rumah rasanya lebih nampak sopan dan ayu :) jadik untuk isu kali ni aku nak paparkan cara2 memakai kain batik oleh anak aku....... pastikan sebelum meneruskan pembacaan kain batik telah disediakan di sebelah puan-puan dan cik-cik semua... ini bagi memudahkan proses pembelajaran berlangsung...... :)

mari kita mulakan..... latihan ini di pimpin oleh amni sumayyah.



step 1: masuk ke dalam kain... pegang kain dengan kedua2 belah tangan.... hmmmm pastikan kedua2 kaki anda di dalam kain ye.







step 2: lompat dan terus melutut ke lantai....

p/s: atas tilam lagi bagus taklah sakit lutut nanti







step 3: bersedia untuk masuk ke dalam kain tu.... pastikan tiada serangga di dalam kain sebelum di pakai.







step 4 : masuk dalam kain dan terus lompat dan baring atas lantai. proses ini bertujuan untuk mematikan serangga yang tak dapat dikesan dengan mata kasar.....






step 5 : keluarkan kepala sebentar untuk ambil udara segar.... tariiiiiiikkkkk nafassss........ hemmmbusssssssssss.... tarikkkk.... hembus. ulang sebanyak tiga kali.






step 6 : masuk ke dalam kain semula dan duduk diam2 dalam kain tu sehingga diberi tahu pada sesi penerangan akan datang.... latihan akan disambung pada sesi akan datang...







amacam..... ada berani...... cubalah....

hari kedua : amni dan ayah

pagi tadi aku buat aktiviti yang bukan rutin aku :(

tak apalah... tapi kelam kabut gak aku. nasib baik tak terlajak sampai pukul 8.. bangunkan amni, basuh mungka dia, salin pampers, pakaikanbaju dia, siapkan beg untuk ke nursery.... huh tu belum tambah tolak dia meragam lagi. sebagai pengajaran, aku dah sediakan baju untuk pagi esok.

mudah dan ringkas apa yang aku nak tulis... tapi perlaksanaannya mencabar..

4 hari yang mencabar

beberapa hari ni aku kena jaga anak aku
umi dia kena pegi kursus 4 hari kat langkawi

amni dan aku.... kesian kat dia... tak
tau nak main ngan sapa.
nanti ayah bawak amni main2 kat luar ek...
aku tengah fikirkan apa aktivit aku dengan amni
sepanjang 4 hari ni.


bagi aku betul orang kata pasal suami @ ayah....
kalau isteri takder aku macam hilang punca gak
pelik... tapi itu yang aku rasa... dulu masa bujang kalu duk sorang
tak ada masalah langsung.... tapi la ni pening sikit.
moga Allah permudahkan 4 hari ni aku bersama amni.

Sound of Islam: pertandingan nasyid kumpulan

pertandaingan nasyid antara jabatan... kalau tahun sebelum ni jabatan aku yang menang, dapat piala pusingan dan wakil ke pertandingan luar. tapi kali ni bukan kalah... tapi tak ada penyertaan dari pelajar jabatan aku. rasa malu gak aku. kali ni jabatan elektrik menang.... sedap gak depa nyanyi... kreatif


penyampaian hadiah kepada pemenang....







pengarah dan barisan vip tengah menghayati alunan nasyid dari peserta...







hmmmm.... agaknya macam mana cara nak tarik golongan muda minat dengan muzik alternatif ni..... sebab nasyid kut.... kalau artis aliran muzik yang bukan islamik datang macam mana... adakah sambutan macam ni jugak?...





barisan juri sedang menilai......










kumpulan yang menang..... tahniah






apa lagi pendekatan yang sesuai untuk tarik orang muda tertarik kepada muzik Islam....???

Walimatul urus : Jiji Nikah orang Jitra noooo......

antara sepupu aku yang rapat dengan aku... kalau masa kecik dulu kita orang macam adik beradik. dah besar ni pon macam tu jugak.

Jiji... anak pakcik aku... abang sulung ibu aku..

dia baik orangnya... banyak diam dari bercakap.... tau2 dah nak nikah...

tahniah... selamat menempuhi alam rumah tangga yang mencabar... semoga dirahmati Allah.


merpati duduk dua sejoli..... teringat masa aku kenduri kahwin dulu... simple jer.... tak der sanding2 tu semua... sampai jer rumah pengantin pompuan terus jer naik rumah bergambar pastu makan. masa sampai rumah pengantin pompuan pon aku jalan sorang jer naik rumah.... pelik tapi kisah benar yang tak dapat aku lupakan. masa tu pon duit aku "cetek" nak belanja besor tak mampu. tapi nak kawin gak heheheh... abah jijilah antara orang yang support kenduri aku dulu.... sebak bila teringat semua tu.


paluan kompang.... 4 lagu didendangkan. firdaus... sepupu aku gak... yang jadi pengajar dan ketua. kumpulan kompang ni di bawa khas dari KL. Jiji antara orang yang menggerakkan kumpulan ni. banyak gak jemputan untuk diaorang ni. lagu pon best gak.





aku panggil hidangan ni "lauk pengantin" walaupun aku tau pengantin tak lalu punya nak makan hehehehe.... sapa dah pernah lalui mesti tau punyer... tak banyak, sikit mesti rasa sama macam orang lain gak.... nak tau macam mana.... haaaa kenalah kawin dulu barulah tau....





pengantin baru nak makan......









ubah setting sket..... jauh sangat

Jumaat: penghulu segala hari

sesi petang jumaat... ada meeting pulak... awal pulak tu mula... aku paling lambat masuk... maaflah ek, ada keluarga dari KL mai rumah.... abis pulak pukul 5 lebih...


hmmm.... salah sebenarnya kedudukan ni... S/U kena duduk sebelah kiri pengerusi... ni aku pulak yang duk situ...









staf yang hadir.... serius dengar amanat ketua jabatan... aku... aku... aku... amik gambor hehehehe... bukan apa, sekarang ni aku jadi macam kena penyakit amik gambor plak.... sebabnya... untuk bahan blog aku hahahaha... bagi aku gambor ni aka menerangkan segala2nya.... takyah tulis panjang pon takper....



malam.... aku bawak keluarga aku dari KL makan ikan bakar kuala perlis.... yang bestnya bukan aku yang bayor... hehehe depa pulak yang belanja tuan rumah.... yelah yang mai tu semuanya otai2 dari KL... aku ciput jer. kang kalu aku yang belanja... air sirap n sotong goreng tepung jer mampu hhahahahaha.....

semua orng tengah tggu hidangan dengan sabor...



anak aku.... huh... dah lah hujan lebat masa tu... dia pulak lagi ligat nak main... tak menang tangan umi dia.... aku... aku... aku perati jer dari jauh.... pastu aku take over dari umi dia.... amni suka makan sotong goreng bertepung.... tepung jer dia makan... sotong aku.. :)






errrrrgggg.... sendawa..... macam tak percaya.... semua pinggan licin.... aku rasa kalau ada batu bata bakar pon licin gak ni....

Antara dua darjat..... Hmmmm

antara realiti dan tidak...

dua papan tanda yang agak berbeza tetapi tujuannya tetap sama... daripada organisasi yang sama. antara yang berbeza... tempat dimana papan tanda tu di pacak juga berlainan tempat. cuma kita fikirkan sejenak dan renung gambar di bawah ni.... sambil tu cuba fikirkan tentang kesan perbezaan yang ada pada gambar tu.

gambar kat atas ni aku ambik masa cuti2 malaysia di negeri hang tuah...

aku tak pasti lah pulak keturunan hang tuah suka budaya penjajah kut... tapi masa hang tuah ada dulu bukankah dia bermatian menentang penjajah... masa aku tengok papan tanda tu aku terfikir hal ni... kesian kat hang tuah dan sahabat2nya yang lain... penat2 lawan penjajah tetiba anak cucu dia mengagungkan budaya penjajah... oh ya aku teringat satu perkara... masa zaman tuah dulu dia orang laksanakan hukum kanun melaka... dalam hukum kanun melaka tu dia orang laksanakan hukum atau undang2 yang ikut syari'at Islam... dengan erti kata lain... hukum Islam... boleh pulak kan... masa tu takder internet... tapi boleh laksana.... sekarang broadband pon ada... tapi tak boleh laksana.... kenapa tak boleh?? cuba fikirkan... ada orang kata sebab masyarakat kita belum cukup maklumat tentang hukum tu... dan perlu di"educate"kan... yang jadi persoalan aku sampai bila nak tunggu maklumat tu betul2 orang faham... sebab setiap saat ada kelahiran baru... belum yang ada mati dah lahir pulak yang baru... jadik macam tak akan habis2lah kita nak beri orang faham... sebab tak sempat faham yang hidup akan mati dan yang dalam perut keluar ke bumi..... hmmmmm


gambar ni aku ambil masa balik kampung isteri aku di negeri cik siti wan kembang...

apakah orang kat tempat ni tak ada internet???.... tak sampaikah mesej iklan tu kalau model tu pakai tudung???....

aku biarkan korang fikir2kan...

adiosssss.......

Khamis malam Jumaat

Dah hampir pukul satu pagi... aku tengah tunggu adik2, abah dan ibu sampai dari KL. esok sepupu aku akan bernikah dengan orang Jitra. ramai jugak rombongan keluarga aku dari KL. cuma yang menginap di rumah aku ialah adik beradik (tak semua datang) dan ibu abah. yang lain mungkin singgah rumah aku kejap kut... sebab depa naik bas... hmmm maksud aku satu bas tu rombongan dari KL... dan satu bas tu jugak keluarga aku dari KL... huh kalau satu bas lepak rumah aku macam mana ye.... hmmm... singgah ok.

suka orang datang rumah :)

sesambil tengok astro rancangan AFC.... asian food channel... tajuknyareturn to river cottage. hmmm.... macam biasalah, ni rancangan wajib aku. wife aku cukup tak suka channel ni hahahaha... tapi aku suka sangat tengok rancangan masak2 ni... satu lagi channel travel... huh tak berganjak aku depan tv (masa terluang jer... tak selalu ponnnn)




ni ruang harian aku di pejabat. 60% masa aku habiskan kat sini. aku rasa dah tiba masanya aku ubah kedudukan yang lebih strategik. hmmm.... tapi bila ye. isy malas pulak nak alih2 barang2 ni... tunggulah hari rajin aku




keadaan salah satu daripada bilik dekat rumah aku. dindingnya retak, kalau hujan lebat beserta dengan angin mesti air masuk. bertakung air dalam bilik tu... masuk kali ni dah dua kali tilam aku basah. tapi bila aku tengok dekat luar bangunan, dindingnya dah bertampal. tapi air masih lagi masuk.... kualiti ke produktiviti??? atau buat tak peduli....



ni amni... anak aku yang sulung... dia tengah cuba tudung yang umi dia baru beli.... masih dalam proses penyesuaian...

Rumah: Jaga amni, demam campak

aku upload gambar

rasa tak sihat :(

semalam hari konvokesyen di tempat aku. raja perlis sudi mencemar duli untuk menyampaikan skrol untuk para pelajar. aku terlibat secara langsung.




VIP.... tempat duduk orang berjawatan tinggi.... kononnya


para graduan mengambil tempat.


sehari sebelum hari kejadian.......


pancaragam polis..... hmmm dengarnya ada bayaran yang agak mahal terlibat.


proses persiapan terakhir... yang baju oren tu ustaz razak... nampaknya dia antara yang paling sibuk sepanjang majlis konvokesyen.... sebelum, semasa dan selepas.


aku tak sihat :(


dua tiga hari ni aku tak sihat... demam selsema dan batuk. tapi aku pegi gak bertugas pada ari konvo tu... tahan jer ler. lepas jer konvo, petang tu aku dah tak tahan sangat, balik jer rumah makan ubat terus "blackout" sampai lewat petang. apa taknya.... aku demam tak ler teruk... tapi ubat sampai empat jenis.... huh kenyang makan ubat aku.


anak aku kena demam campak... semalam umi dia yang jaga... hari ni aku pulak yang jaga.

Ahad... sepatutnya cuti tapi kerja.... produktiviti?










apa nilai produktiviti dalam hidup kita? product + activity.... mungkin produktiviti tu lahir dari dua perkataan ni kut. bila ada sasaran atau produk yang ingin kita hasilkan pasti ada aktiviti yang perlu dilaksanakan untuk mencapai objektif yang ditetapkan. produk yang berkualiti adalah hasil daripada aktiviti yang juga berkualiti.

sekarang... apa yang menjamin aktiviti yang berkualiti tu?

aku terfikir berkenaan SOLAT....

apakah kualiti dan produktiviti solat yang kita lakukan...

bermula dengan niat... hmmm apa niat kita sebenarnya sebelum dan selepas kita laksanakan solat tu. memadai kah dengan niat solat mengikut waktu sahaja tanpa niat yang tersirat..... al-ikhsan. bagaimana qualiti solat diukur sebenarnya....


bersegera kepada keampunan, mengakui segala kelemahan dan berbagai lagi kerendahan diri yang perlu kita akui... pentingkah? pasti itu adalah antara faktor penting menjamin keikhlasan.



menghadapkan seluruh jasmani dan rohani kehadrat ilahi. merasakan kekerdilan diri. menyulamkan kesabaran dalam setiap tindak tanduk dalam solat. solat itu sukar dan..... dan hanya orang yang sabar menghadapinya sahaja akan terus tabah.






mencari cahaya keredhoan ilahi rabbi dalam kegelapan dunia yang fana ini....








mengakui keesaan Allah dan kerasulan Muhammad sebagai panduan hidup...





memegang erat tauhid uluhiyah, rububiyah dan asma wal sifat sebagai aqidah yang mantap...




kepatuhan menjalani syari'at dengan sabar dan tawadu'








menuju keredhoan ilahi.....





ampunkan aku Allah.....

p/s: atas komen sahabat... ada post yang akan aku bukak untuk komen :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.