Hari Pertama: Aku, Amni dan Hamzah

uih.... cabaran

"umi mana ayah." tanya amni anak sulung aku dengan penuh persoalan. biasanya setiap kali aku jemput dia dan adik dia dari taska pasti bersama uminya. cuma semalam agak berbeza, aku jemput sorang diri.

"umi along kerja." jawab aku ringkas. aku cuba untuk tidak reka cerita. susah nak beri jawapan pada anak berumur 2 tahun lebih tu. aku cuba.

hamzah memang tak tanya apa2 pon. dia hanya nangis bila lapar dan ketawa bila kenyang.

semalam aku agak berjaya menghadapi keadaan tu. hari ni dan esok belum tentu. aku hanya berharap pada Allah supaya aku diberi kesabaran yang tinggi untuk jaga kedua2 anak aku tu sepanjang uminya berkursus selama hampir 15 hari. sepanjang masa hatiku "berkomunikasi" dengan Allah tanpa putus.

ya... bukan mudah untuk aku sorang jaga dua orang anak tu. tugas umi depa aku tanggung sekali tapi tak termasuk menyusukan hamzah (susu badan la... la aku guna susu formula je) ditambah lagi kami merantau. takder sedara mara terdekat. hamzah pulak baru 6 bulan. yaey.... mencabar. tapi aku amat seronok. aku takkan bagi orang lain jaga anak aku tu sepenuh masa. biar anak2 aku tau yang ayah depa ni sayang kat depa walaupon aku ni agak panas baran.

"along kena tolong ayah jaga adik ye." pinta aku daripada amni. dia pandang tepat kearah aku sambil gigit botol susunya. pandangannya penuh tanda tanya. ya, aku pasti dia faham. amni seorang kanak2 yang cepat faham. semalam dia tolong angkat dua cawan ke singki dapur. satu cawan, aku bancuh bubur untuk hamzah dan satu lagi aku letak air suam. walaupon tumpah sikit airnya tapi dia berjaya ikut arahan aku. sebenarnya sebelum ni uminya yang ajar letak cawan tu ke singki.

amni menganggukkan kepala.

malam tadi sebelum tidur sekali lagi amni tanya "umi mana ayah."

dan jawapan aku tetap sama "umi along kerja"

untuk petang danmalam ni aku belum fikir apa jawapan yang sesuai untuk aku berikan.

15 - 1 = 14 hari lagi.....

1 comments:

ishaharom 8:06 PM  

banyak kasian la kawan....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.