Kitaran Hidup: Sejarah sering berulang...

hujung minggu kembali lagi...

rumah...

macam biasa aku menyelesaikan beberapa rutin hujung minggu aku kat rumah. cuma bezanya, anak aku, hamzah dan amni, selsema. tapi tahap aktif bermain sama saja. lain..., sama saja. oh ya... kredit untuk zauja aku yang masak cucoq jagung pagi tadi, sedap, ntah berapa ketul aku rembat aku tak ingat.

"circle" aku...

"en... kelulusan en yang terakhir apa?" tiba2 soalan tu terkeluar dari mulut sorang pelajar yang datang meminta konsultansi.

"kenapa awak nak tau ye?" aku cuba matikan soalan tu. sebab malas nak jawab.

"degree ye en." telah pelajar tu.

"spm." jawab aku sambil senyum. melawak.

pelajar tu senyum seperti minta jawapan sebenar. aku dengan rasa kesian bagitau hal yang sebenar.

"en tak sambung phd ke?" pelajar tu bagi soalan cepu emas kat aku.

eh macam mana aku nak jawab ni. ni soalan membunuh ni. takkan aku nak jawab, saya mahu2 kucing jer. kes kes kes. tak boleh. budak tu dah serius. aku pulak tersiput-siput.

"saya tak layak lagi... hmmm eh, cuba awak cari buku ni kat library, bagus untuk rujukan awak." aku terus matikan soalan pasal phd tu. lepas beberapa ketika budak tu pon tinggalkan meja aku. aku rasa berjaya untuk matikan soalan panas tu.

yeah... kepada sahabat2 yang sedang apply dan sedang buat phd, teruskan usaha anda, dan aku akan doakan kalian. aku belum dapat seru...... :)

blogger sekitar aku...

masa aku mulakan blog ni... persada blogging masa tu terlalu muda. masa tu aku memblog sebab malas nak design web sendiri dan malas jugak nak bayar hosting tiap2 tahun. jadik aku guna yang free (tak tau sampai bila blogspot ni bagi free). masa tu aku takder kawan blogger. sekarang disekitar aku ada blogger yang handal2 menulis dalam blog mereka. rata2 bukan orang IT pon tapi nampak IT depa ni.

cha om orang elektrik tapi bukan keje kat TNB pon. aku saja tengok blog mamat ni. bila tengok terasa pulak tengok astro 703. orang commerce pon ada, rush dan antara yang aktif berblog, dia ada beberapa site setahu aku, kekadang aku tak pasti site mana yang dia update :). en taher juga orang commerce. kerap jugak dia update blog.

selain tu ust ajak dan ust hamdan antara blogger di sekitar aku juga. aku suka ayat2 pada blog2 mereka. tersusun cantik dan kekadang puitis bahasanya. mungkin kekadang panas juga hehehehe... ada lagi, rudi pon ada blog jugak. bila aku kata sekitar, maksud aku, aku jumpa depa ni dalam persekitaran harian aku. saja nak tulis pasal depa sikit.... nak bagi kredit. sebenarnya ramai lagi blogger sekitar aku... cuma aku tak sempat nak senaraikan kat sini. tapi kalau korang nak jugak, korang boleh saja lawat blog2 yang aku bagitau tadi, haaaa kat blog2 tu ada link ke blog2 blogger yang lain.

untuk semua... selamat berblog.

Terkilan: Aku merasa sedikit terkilan...

hehehe.... saja bagi gempak tajuk tu.... aku terkilan sebab tak sempat nak upload gambor yang aku snap guna henset rokiah aku tu kah kah kah.... haaa jangan marah noooo... dah banyak aku snap, cuma nak upload tu jer tak sempat... broadband kat kawasan rumah aku ni sedikit hampeh aku rasakan.. slow banget... aku cuba upload mana2 gambor yang aku rasakan menarik... jamah lah mana yang perlu ek....

maaplah gambar bawah ni tak ikut turutan bila ia di snap....



jumaat baru ni.... semalam.... ada orang derma duit macam kat pict sebelah tu untuk tabung masjid..... aku rasa tergamam. duit yang tak boleh guna tu di gulung/dilipat sekali dengan duit yang elok. aku amat tak faham manusia jenis apa yang sanggup buat camtu. kalau taknak bagi sudah... namanya derma kan....





hari konvo kat tempat aku keje..... Ust Hamdan sedang pantau pergerakan....







raptai..... hari sebelum konvo....









kah...kah...kah.... Helmi staf baru jabatan aku kena bawak cokmar








ezad, pian dan aku (takder dalam gambar sebab aku yang snap gambor ni maaaa) sedang "menganiaya" si Helmi hehehehe...






sabtu sebelum konvo, petang hujan lebat, aku beli radix chicken dekat RCH kangar.... sedap tuuuuuuuu.... kalah ayam orang tua tu hahahahaha... go for muslim product...






wajah baru Nat Kodiang.... mantap... membangun bersama sinar bulan ...... :)







bekas tin sardin HPA.... pakaging yang menarik.... perubahan yang hebat terhadap produk muslim...... aku sokong penuh tanpa soal..







uih.... aku baru terperasan.... eh mana yang siap dulu ni...









aneh.... kat parkir kereta jabatan aku n perd.







terima kasih untuk kelas DIP3...... hehehehe.....







Ust. Din dapat anak perempuan.... hampir 5 tahun menunggu katanya.... tak silap namanya A'isyah Umairah Mujahidah...

kat kanan gambor tu adalah Bro Rudi n Bro Zubir...






dinding rumah aku (dalam bilik) air hujan masuk... bocor kut namanya.... air tu meresap dalam dinding sebab dari luar nampak ok jah....






cuba korang maximize gambor ni..... korang akan nampak kucing tu tengah berentap dengan anak biawak... kejadian ni berlaku kat tangga menghala pejabat pentadbiran tempat aku kerja.






perhimpunan bulanan..... anjuran jabatan aku.... slide tu aku yang buat.....saja nak bagi tau sebab apa aku snap gambor ni... ahaksss..








daun pokok tu seperti sedang berdoa memohon kesejahteraan untuk kami di PTSS....amin







kotak terapung..... cessss.... rupa2nya ada kucing bawah tu....






depa nilah yang punya angkara kotak terapung tu.... hehe kreatif..

dan inilah lagak bakal pemain bola dunia... dari kiri... Adham Zidane, Hakim Giggs dan Solihindinho.... hehehehe... ayahnya jangan marah noooo.... ahaksssss....




basikal gunung yang diguna untuk bukit jer..... makkaaiiiii.....

orang2 besar perlis.... raja muda, MB, EXCO n pengarah aku...5km jer depa kayuh..... kayuhan VIP lah katakan....





Nostalgia....

staf jabatan aku... Wan Zaimah (tudung hitam campur pink tu...)... berpindah ke kuantan... dia adalah antara AJK harapan aku tiap kali nak buat jadual waktu... sedih aku.... sebak gak.... terasa sangat kehilangan seorang sahabat yang boleh diharap....

Menaip: Aku menaip tanpa tajuk khusus

Hari ini dah masuk 4 mac 2010...

Pagi...

Ahad, cuti, cuma "wajib" datang kerja hari ni. seawal pagi aku hantar kedua2 anak aku ke taska. aku dan zauja perlu ke tempat kerja. ya... sememangnya hari ni hari keluarga untuk kami sekeluarga. mula dengan sarapan sehinggalah malam, anak2 tidur. hari ini keadaan RUTIN itu "terganggu".

sesampai di pejabat, aku tidak rancang apa2 sekadar menanti arahan. lantas aku mengisi pagi ini selama sejam untuk membaca beberapa blog dan laman berita. bukanlah untuk menjadiseorang yang bermaklumat itu perlu lakukan seperti mana yang aku lakukan. tidak. mungkin perlu lebih usaha lagi. aku sekadar mencari dan mengemaskini diri dengan maklumat santai dan maklumat yang berat. ahhh masih belum tau apa nak buat hari ni...

blog dan laman sesawang...

aku seorang yang amat terbuka untuk sebarang maklumat. baik atau buruk. kerja aku untuk menyaring apa yang baik untuk aku dan buruk untuk aku jauhkan. aku tidak meletakkan diri dalam satu arus pemikiran. aku meletakkan diri dalam pelbagai arus. aku tidak mahu menjuruskan diri dalam satu kancah kumpulan tertentu. Lalangkah aku? bukan. aku ada pendirian sendiri. cuma tak perlulah aku umumkan.

ada blog agama dan ada blog politik. ada blog peribadi dan ada blog organisasi. semuanya aku baca. cuma aku banyak rasa tekilan bila baca sesetengah blog agama dan politik. blog2 ni kadangkala secara terbuka mewujudkan persengketaan. aku malas nak hurai panjang2 korang mungkin lebih faham maksud aku. tak boleh ke “Bersatulah dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah” (Al Imran: 103). semua orang anggap diri masing2 yang betul. pada aku mudah sahaja apabila kita “Taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul-Nya, serta kepada ulil amri kalian. Jika kalian berselisih, kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kalian memang beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama bagi kalian dan lebih baik akibatnya” (An Nisa: 59). berlapang dadalah wahai semua orang. janganlah membuka segala jalan untuk setan menjahanamkan kita.

weh aku bukannya ostad untuk bagi tazkirah. cuma tak salah untuk kemukakan pandangan berbentuk nasihat. tak gitu....



Pelbagai isu...

merujuk perkataan rutin yang aku bold di awal entry aku ni. aku teringat kata2 HAMKA berkenaan rutin, lebih kurang macam ni....., apakah ibadah yang kita lakukan setiap hari itu adalah rutin harian yang perlua kita selesaikan. kalau ya jawapannnya kita salah. ibadah bukan sesuatu yang rutin untuk dilaksanakan. kalau ibadah dianggap rutin roh ta'abbud kepada Allah tidak akan tercapai. lantas keikhlasan juga tidak akan terhasil.

kenapa??... ibadah perlu kepada penghayatan dan keikhlasan seorang insan yang merasakan kerendahan dan kekerdilan dirinya terhadap Allah. (oh ya.... sebelum aku teruskan entry aku ni, lebih baik aku bagi tau.... semua tulisan ni idea aku semata dan aku tidak ada kelayakan langsung dalam bidang agama... semuanya sekadar pandangan aku sahaja... disamping rujukan yang aku buat sendiri tanpa kemahiran khusus.... ok sambung semula...) jadik, kalau kita anggap semua ibadah sebagai suatu rutin maka lama kelamaan semua ibahadah tu akan jadi adat sahaja.... aku ulang, adat sahaja tak lebih dari itu. Dan bila dah jadi adat generasi penerus akan ikut jer tanpa mengetahui sebab musabab dan rujukan yang sahih kenapa ibadah itu dilaksanakan. Bahkan ada yang menganggap adat rutin itu sebagai ibadah nenek moyang mereka. pada peringkat ini kerutinan itu tidak boleh lagi dipersoal, ikutttttt jerlah. keadaan adat rutin ini sudah pasti bukan lagi dirujuk kepada sumber ilmu dan sudah pasti ada penambahan perlakuan dan juga sebutan.

bukan untuk korang sahaja... aku mengingatkan diri aku supaya segala bentuk ibadah perlu diikuti dengan ilmu dan keikhlasan. aku taknak apa yang aku buat aku rasakan sebagai suatu rutin atau kebiasaan atau kekerapan atau adat warisan. biarlah aku dan korang jugak merasakan segala ibadah itu suatu ketaatan seorang hamba kepada Khaliqnya serta rasa syukur insan kepada Tuhannya.

ada cerita.... seorang sahabat menceritakan kepada aku, sewaktu dia mengadakan program motivasi, dia telah menyuruh salah seorang peserta untuk bangun dan azan. waktu itu sudah masuk subuh. lantas peserta terbabit bangun dan melaungkan azan... "Allah ta'ala, Allah ta'ala.".... :)... bukan setakat kawan aku tu jer gelak... peserta lain pon gelak jugak... fikirkanlah.... cerita kedua.... yang ini aku sendiri alami.... pernah sewaktu dolu waktu hendak solat zohor berjemaah... kami sengaja menolak seorang pelajar untuk menjadi imam... pelajar terbabit tidak menolak, malah yakin... mula solat... tetiba imam membaca dengan kuat basmalah sehinggalah baca surah.... selesai solat ditanya... "kenapa baca kuat."..... "eh selama ni saya solat, imam baca kuat jer.".... fikirkanlah jugak....

aku mahu berfikir.....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.