Menaip: Aku menaip tanpa tajuk khusus

Hari ini dah masuk 4 mac 2010...

Pagi...

Ahad, cuti, cuma "wajib" datang kerja hari ni. seawal pagi aku hantar kedua2 anak aku ke taska. aku dan zauja perlu ke tempat kerja. ya... sememangnya hari ni hari keluarga untuk kami sekeluarga. mula dengan sarapan sehinggalah malam, anak2 tidur. hari ini keadaan RUTIN itu "terganggu".

sesampai di pejabat, aku tidak rancang apa2 sekadar menanti arahan. lantas aku mengisi pagi ini selama sejam untuk membaca beberapa blog dan laman berita. bukanlah untuk menjadiseorang yang bermaklumat itu perlu lakukan seperti mana yang aku lakukan. tidak. mungkin perlu lebih usaha lagi. aku sekadar mencari dan mengemaskini diri dengan maklumat santai dan maklumat yang berat. ahhh masih belum tau apa nak buat hari ni...

blog dan laman sesawang...

aku seorang yang amat terbuka untuk sebarang maklumat. baik atau buruk. kerja aku untuk menyaring apa yang baik untuk aku dan buruk untuk aku jauhkan. aku tidak meletakkan diri dalam satu arus pemikiran. aku meletakkan diri dalam pelbagai arus. aku tidak mahu menjuruskan diri dalam satu kancah kumpulan tertentu. Lalangkah aku? bukan. aku ada pendirian sendiri. cuma tak perlulah aku umumkan.

ada blog agama dan ada blog politik. ada blog peribadi dan ada blog organisasi. semuanya aku baca. cuma aku banyak rasa tekilan bila baca sesetengah blog agama dan politik. blog2 ni kadangkala secara terbuka mewujudkan persengketaan. aku malas nak hurai panjang2 korang mungkin lebih faham maksud aku. tak boleh ke “Bersatulah dengan tali Allah dan janganlah berpecah-belah” (Al Imran: 103). semua orang anggap diri masing2 yang betul. pada aku mudah sahaja apabila kita “Taatlah kepada Allah, taatlah kepada Rasul-Nya, serta kepada ulil amri kalian. Jika kalian berselisih, kembalikanlah kepada Allah dan Rasul-Nya jika kalian memang beriman kepada Allah dan hari akhir. Yang demikian itu lebih utama bagi kalian dan lebih baik akibatnya” (An Nisa: 59). berlapang dadalah wahai semua orang. janganlah membuka segala jalan untuk setan menjahanamkan kita.

weh aku bukannya ostad untuk bagi tazkirah. cuma tak salah untuk kemukakan pandangan berbentuk nasihat. tak gitu....



Pelbagai isu...

merujuk perkataan rutin yang aku bold di awal entry aku ni. aku teringat kata2 HAMKA berkenaan rutin, lebih kurang macam ni....., apakah ibadah yang kita lakukan setiap hari itu adalah rutin harian yang perlua kita selesaikan. kalau ya jawapannnya kita salah. ibadah bukan sesuatu yang rutin untuk dilaksanakan. kalau ibadah dianggap rutin roh ta'abbud kepada Allah tidak akan tercapai. lantas keikhlasan juga tidak akan terhasil.

kenapa??... ibadah perlu kepada penghayatan dan keikhlasan seorang insan yang merasakan kerendahan dan kekerdilan dirinya terhadap Allah. (oh ya.... sebelum aku teruskan entry aku ni, lebih baik aku bagi tau.... semua tulisan ni idea aku semata dan aku tidak ada kelayakan langsung dalam bidang agama... semuanya sekadar pandangan aku sahaja... disamping rujukan yang aku buat sendiri tanpa kemahiran khusus.... ok sambung semula...) jadik, kalau kita anggap semua ibadah sebagai suatu rutin maka lama kelamaan semua ibahadah tu akan jadi adat sahaja.... aku ulang, adat sahaja tak lebih dari itu. Dan bila dah jadi adat generasi penerus akan ikut jer tanpa mengetahui sebab musabab dan rujukan yang sahih kenapa ibadah itu dilaksanakan. Bahkan ada yang menganggap adat rutin itu sebagai ibadah nenek moyang mereka. pada peringkat ini kerutinan itu tidak boleh lagi dipersoal, ikutttttt jerlah. keadaan adat rutin ini sudah pasti bukan lagi dirujuk kepada sumber ilmu dan sudah pasti ada penambahan perlakuan dan juga sebutan.

bukan untuk korang sahaja... aku mengingatkan diri aku supaya segala bentuk ibadah perlu diikuti dengan ilmu dan keikhlasan. aku taknak apa yang aku buat aku rasakan sebagai suatu rutin atau kebiasaan atau kekerapan atau adat warisan. biarlah aku dan korang jugak merasakan segala ibadah itu suatu ketaatan seorang hamba kepada Khaliqnya serta rasa syukur insan kepada Tuhannya.

ada cerita.... seorang sahabat menceritakan kepada aku, sewaktu dia mengadakan program motivasi, dia telah menyuruh salah seorang peserta untuk bangun dan azan. waktu itu sudah masuk subuh. lantas peserta terbabit bangun dan melaungkan azan... "Allah ta'ala, Allah ta'ala.".... :)... bukan setakat kawan aku tu jer gelak... peserta lain pon gelak jugak... fikirkanlah.... cerita kedua.... yang ini aku sendiri alami.... pernah sewaktu dolu waktu hendak solat zohor berjemaah... kami sengaja menolak seorang pelajar untuk menjadi imam... pelajar terbabit tidak menolak, malah yakin... mula solat... tetiba imam membaca dengan kuat basmalah sehinggalah baca surah.... selesai solat ditanya... "kenapa baca kuat."..... "eh selama ni saya solat, imam baca kuat jer.".... fikirkanlah jugak....

aku mahu berfikir.....

1 comments:

Taher Kasa 12:29 PM  

Salam, entry yang menarik. Semoga yang berbalah akan bersatu. Terima kasih.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.