Transformers: Revolusi dan Evolusi



kerusi tu... paling kiri, depan tu.... tiada tempat tulis... supporting aids tuuu... persekitaran yang mengganggu keselesaan pelajar untuk belajar... yuran depa bayar jugak... tapi apa depa dapat... setimpal kahhhhh....





kalau terlalu banyak cadangan, takder tindakan... baik tak payah dak... kotak yang sekadar memenuhi tuntutan ISO







sekadar ada..... ini lah komponen yang boleh di transformasikan dulu.... bukan cat dewan tu yang utama... betulkan infrastruktur dulu.... ohya untuk ini mungkin prses duitnya lama...






skru yang dah hilang.... tu baru skru yang kecik kita tak dapat nak beli, mungkin dek kerana mahal rege nya... macam mana pulak komputer dan makmal yang rosak.... atau pon yang tak cukup.... hah guana....



Aku macam agak payah nak tidur malam ni (sebenarnya aku dah tertidur kejap tadi lepas isya')... dek kerana dah terlanjur aku on laptop ni, aku cuba untuk panjangkan proses menaip... yeah... menaip ke dalam blog maksud aku...

"bro, dah update blog ke?" Bro chaOm seperti menanti entry aku. entry aku sebenarnya santai saja. ialah kan... tujuannya pon untuk kawan2 dan sesiapa yang suka baca blog. yeah... mungkin ada pandangan2 aku dan mungkin sekali gus orang dapat "membaca" siapa aku.

"belom lagi lah, blogger macam kena block jer." sahut aku dari jauh.

"eh aku bukak semalam ok jer." jawab chaOm dalam pelat gombak. hehehehe.

ye aku cuba update kejap blog aku ni.... tu pon sebab aku tak ngantok lagi, kalau tak pukul 10.30 p.m aku dah belayar....

baik....

korang tengok tajuk entry aku tu.... uiks, tak yah lah tengok ke tajuk tu... cuba fokus kepada taipan aku kat bawah ni dulu ye... bukan apa... tadi kan korang dah baca tajuk entry aku tu... k aku mula....

dua tiga menjak ni sering sangat orang perkata pasal isu transformasi. aku sebenarnya maleh nak ulas perkara tu. lagi pon aku bukannya reti nak ulas2 ni. tapi aku nak lontarkan jugak apa saja yang ada dalam benak aku ni hah. betul atau tak aku maleh nak gaduh ngan korang... berdebat, maksud aku. korang ada pandangan korang sendiri, samalah ngan aku. ruangan komen tersedia untuk korang mengomen...

dalam institusi bukan berorientasikan keuntungan, lebih fokus lagipendidikan tinggi, dimana sepatutnya bermula transformasi ni. hah aku tanya korang nih... tau... aku tak tau. cuma, pada aku ketua sesuatu organisai tu sendiri kena berubah dulu, dari aspek minda dan pelaksanaan. orang cakap "cakap kena serupa bikin". jangan sembur jer, lepastu suruh orang buat, tapi diri sendiri tak nak berubah pon. ialah, ego ketua kan kuat.

minda, ha'ah, kalau minda masih di tahap kelas bawahan, tak boleh jugak. sebab tu perlunya minda selari dengan pelaksanaan. kenalah tengok apa core bussiness kita dulu lepastu laksanakan perubahan positif. hah... garis panduan kan dah ada, jangan lah lari dari tujuan asal. yeah... masih lagi tergantung apa yang aku taipkan ni... mata dah mula ngantuk sebenarnya... k sambung semula.

dalam bidang pendidikan kan, perkara penting adalah untuk menghasilkan produk manusia yang positif dan juga dapat terjemahkan segala ilmu ke dalam bentuk praktikalnya. untuk menghasil produk yang bermutu tinggi, proses knowledge transfer tu kenalah bermutu jugak. bagi aku semua tu ada dan perlu pada supporting aids, barulah proses PnP tu kemas. apa core bussiness kita tadi.... ya...pendidikan. dah pulak tu, pendidikan tidak berorientasikan keuntungan.

kualiti, bukan dengan senang2 nak bagi pelajar cemerlang dalam exam, atau pon yang gagal bagi saja lulus atas dasar nak bagi jugak dapat segulung sijil.... akhirnya produk tadi tidak berkualiti di pasaran... semua ni sebab... nak ambik hati orang, supaya tak kecewa sebab anak gagal. penjagaan kualiti itu amat penting. infrastruktur sebagai supporting aids jugak perlu berkuliti. itu harus diutamakan. persekitaran yang kondusif akan menghasilkan produk yang berkualiti. aku teringat lembu yang diternak di hokkaido, jepun, dagingnya mahal dan berkualiti.... sebab apa... sebab infrastrukturnya hebat dan persekitarannya juga kondusif. tapi kita bukan nak hasilkan lembu.

sesetengah manusia suka sangat buat perkara yang bukan utama mendahului yang kurang penting, dan kadang kala takder kena mengena dengan core bussiness depa. makkkaiiii... inilah yang selalu terjadi. sekolah... apa yang penting... perkemaskan infrastruktur supporting aids untuk proses PnP ke atau tanam pokok jambu air sekeliling sekolah dan cantikkan pejabat kerani sekolah.... hah mana satu.... lebih2 lagi dengan peruntukan yang terhad. kalau guru besar kaki tanam pokok, dia akan tanam pokok. seronoklah guru besar tu sebab nanti orang akan dapat makan buah jambu air tu dan lepak2 bawah pokok sambil tunggu anak balik sekolah. yang cesssssnya... bila mintak baiki kerusi dan meja murid, jawabnya duit tak ada. nak baiki papan hitam yang dah berlobang, jawabnya duit tak ada.... bila cikgu mengata atau mengumpat kat belakang, cikgu pulak kena marah, sebab katanya cikgu tak faham, jambu air tu kan boleh di jual atau dibuat jus.... cikgu kemahiran hidup kena kerja keraslah untuk rialisasikan gagasan guru besar tu. kalau cikgu abis keje tengah hari.... kenalah keje sampai pukul 12 malam... tinggalkan jer anak bini n laki kat rumah tu makan megi. amacam ada brannn...

pakcik2 dan makcik2 kalau duk kat dalam sistem pendidikan swasta boleh lah kut... yuran jer dah "berjuta" nak kena bayor... lagi banyak yang daftar lagi suka owner dia.... sebab duit masyuk la. pastu buat niaga lagi... macam mana.... hah pelajar kena bayar yuran tu yuran ni, beli tu beli ni... duit masuk... berorientasikan untung maaaa... haaaa kalau kat tempat cenggini, pelajar kompom lulus. sebab promote kat orang ramai "anak korang kalu masuk institusi aku, kompom lulus".... duit tuuuu... aku taip semua ni sebab aku pernah involved dengan semua tu. jadik aku bukan klentong korang.

jadik... kat mana kita nak transform.... puncanya kat mana? aku maleh nak jawab.

macam mana pulak revolusi.... dan evolusi.... mana yang patut dilaksanakan (aku tetiba teringat revolusi perindustrian di perancis zaman dulu)???

aku tak ada masalah dengan konsep transformasi ni.... cuma bersedia ke tak orang yang berkepentingan nak berubah...

oh ya... nak suruh orang kerja keras tak perlu sampai ke tengah malam.... sebab selalunya orang yang buat keje lebih dari masa diperuntukanni selalunya tak siap keje... hehehe... orang yang hebat, diberi 13 jam... semua kerja siap. lainlah kalau saja2 nak buat kerja tambahan, tu lainlah... tapi kena fikir masa efektif bersama keluarga gak...

Peneraju....

Pengikut....

Penentang...

yang mana satukah korang....

5 comments:

ishaharom 7:19 AM  

cayok2 bro...tulisan yg berani...

hidup rakyat!...eh silap lak...teringat byelection hulu sangor lak...

aku sokong ko pasal masa efektif...
keje smp ke mlm hape ke jadahnya. apek bukak worksyop smp ke ptg jew. mlm dia santai ngan anak bini dia. ni kita kalut cam sok xde hari dah...

Anonymous 10:55 AM  

dari satu segi, minda guru besar tu memang besar. buat lain dari yang lain.
terpulang pada orang yang melihatnya.
apapun, tanam pokok depan rumah, pastikan anak bini makan nasik ada lauk.
disebab nak beli anak pokok, anak bini makan nasik lauk kicap.

-abang terompah

Anonymous 10:56 AM  

aku nak jadi pengkentang.

lawan kalah, dilawan pun kalah.

-- cikgu kentang

Taher Kasa 12:01 PM  

Salam, menarik juga entry kali ini, soal peneraju, pengikut atau penentang adalah bergantung kepada tafsiran orang yang mentafsirkannya, yang penting keikhlasan dalam menjalankan tugas, terutama dalam mendidik anak bangsa. Cuma setakat ini tidak ada alat untuk boleh mengukur keikhlasan.

askRAIN 2:18 AM  

tq all,

komen yang amat membina...

yeah kita semua bukan nak melawan arus perdana dak... kita semua nak perkara positif berlaku. win win situation orang jawa cakap...

aku bila dah jadik pendidik nih, aku rasa sangat bertanggunggjawab kat semua anak didik aku, yeah... untung rugi depa kena amik kira gak...

adiosss

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.