Pelampau: Dimanakah pendirian kita

sekarang musim pilihan raya kecil.... dua pilihan raya kecil akan berlangsung... satu di semenanjung dan satu agi di kepulauan borneo..

aku LANGSUNG tak berminat nak bincangkan hal politik... pertamanya, bukan bidang aku. keduanya, aku tak minat, sembang kosong boleh la aku...

dan sekali lagi aku rasakan BANYAK duit rakyat yang tak berdosa dan tak berduit dan juga papa kedana dihabiskan untuk segala mak nenek kempen politik. aku yang kerdil ni nak cadangkan supaya SEMUA perbelanjaan tu dibiaya sendiri oleh ahlul poliTIKUS tu... dan JANGAN libatkan duit rakyat, bussines men yang ketagih nak tander atau mana2 orang persorangan nak kaya cepat.

hmm... tu sedikit pandangan tentang isu semasa yang berlaku... kata duit tak ada... tapi part belanja untuk perkara lain muncul lak duit dari sumber ajaib... deiiii apa semua ni... baik bagi kat tempat aku kerja ni hah... depa kata duit tak cukup or tak ada.... biar semua supporting aids untuk PnP kita orang semua berjalan cantekkk.... dan menghasilkan produk yang bermutu tinggi terus dari ladang.

weh itu baru muqaddimah(dengan bunyi arab sikit) aku... :) .....

pasal entry aku yang lepas tu... aku ni bukan pelampau ataupon membangkang proses pembangunan tamadun. aku cuma suarakan perkara sebenar yang terjadi jer. mungkin sebagai mangsa korang akan pikir betul yang aku tulis (tapi malas nak respons sebab korang play save kan.... hehehehe aku pon sebenarnya ni yang nak cover balik nih hehehehe).... dan korang yang pemangsa pulak rasa entry aku tu tahap useless yang tertinggi... dan korang yang duk atas pagar plak.... mengumpat jer kut hehehehe...

korang... aku sengaja untuk bermenifestasi dengan para pembaca entry2 aku... bukan provokasi. tapi cerita realiti.

kepada pemangsa, janganlah korang terasa hati. tapi cuba muhasabah diri. bak kata sahabat aku, "kalau hang jadi orang atas, hang jugak tak suka staf bawah hang banyak tanya."... ya betullah tu. sebab tu dalam entry lepas aku cerita pasal ego, "ego ketua kan kuat."... ya semua tu wajib untuk seorang ketua, sebab perkara tu adalah senjata tadbir dia. barulah orang bawah dengar cakap dia. betul tak. cuba bayangkan, ketua yang tak der ego yang kuat sebagai ketua... pertamanya, dia tak boleh nak buat keputusan, duk asyik tanya staf jer.... akhirnya tak ada keputusan.... buaaatttt meeting lagi pastu. keduanya, staf akan naik kepala dan naik tocang serta hilang rasa hormat. yes... command and commander is needed.

tapiiiii hah ada tapinya... kalau korang ingat korang jer betul tanpa ambik pandangan staf, tak betul gak pakcik oiiii. contohla.... orang kata click button save sekali jer, tapi korang degil gak nak double click gak button save tu. hah kan tak boleh tu. dengar la orang cakap. degil tak boleh pakcik. bagi aku sebab tu kalau nak jadi ketua ni kena well equipped dengan pelbagai cabang ilmu. ketuakan.... contoh la... kalau korang orang IT, bila jadi ketua, kenalah tau pasal hal pentadbiran sikit.... akaun contohnye la... jangan ingat korang terer berniaga ayam dan dah banyak bukak cawangan bisnes ayam... korang tau semua hal. jangan gitu. dengarlah orang lain sama.... rendahkan sikit ego korang. aku teringat khalifah umar, dia jalan malam2 ke kawasan penduduk awam untuk tau apa masalah depa. banyak lagilah peristiwa yang aku pasti korang pon tau cerita tu.

kepada mangsa keadaan, ya... apa boleh buat dak. kita dah dalam sistem. apa cadangan korang? aku malas nak jawab.... aku rasa semua orang ada jawapan tersendiri. dan korang bebas untuk berpandangan. ya... aku baru dalam sistem ni..... dan sukar untuk aku buat telahan sendiri. mungkin korang yang dah berthun2 dalam sistem ada pandangan yang bernas... cuma pada aku, aku sekadar kembali kepada niat asal aku dalam bidang pendidikan ni. aku nak kongsi apa yang aku ada kepada anak bangsa aku supaya depa tak leka dengan keseronokan sedangkan bangsa lain berusaha keras untuk berjaya dan jangan sentiasa berjiwa subsidi. semua ni kerana, sebelum aku masuk sistem ni aku banyak tengok hak bangsa aku diperlekehkan. aku nampak bangsa aku macam pengemis dibumi sendiri. itulah semangat aku sekarang.

untuk orang poliTIKUS.... ikut hangpa la... tapi ingat, Allah akan hisab segala yang baik mahupon buruk walaupun sekecik mana ia dilakukan.

aku optimis.... bukan pasimis....

1 comments:

TUAN MAN 7:29 AM  

ada baik dn buruk... negara demokrasi terpaksa follow lh kut...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.