Sepurnama nan lalu 1: Menghilang dari alam maya

sejak lebih 4 minggu yang lalu aku belum punyai kesempatan untuk kemaskini blog aku ni... hari ni aku cuba untuk upload "peristiwa" yang aku belum kongsikan atau dengan kata lain tertinggal terbengkalai sepurnama..

ini entry permulaan untuk entry aku setelah sepurnama aku menghilang...

banyak isu dab peristiwa yang ingin benar aku kongsikan. cuma aku bergantung kepada kadar kelajuan broadband aku ni hah... aku tengok macam lembab jer ni hah.. jadi tak dapat la aku kongsi semuanya..

ha'ah... ada isu dan peristiwa... ya... ada yang beremosi dan ada yang mendatar saja ceritanya.

bukan aku maleh nak update blog ni, cuma sejak sepurnama nan lalu aku agak ribut dengan beberapa tugasan rasmi dan tak rasmi. semuanya perlu aku raikan. last entry aku tu aku upload lepas habis kursus 3D... lepas tu aku sibuk bangat buat jadual waktu semester sesi jun 2010...lama jugak aku n group aku nak siapkan... semester yang aku rasa makin mencabar emosi aku untuk buat jadual waktu... banyak sebabnya, kalau dibincang kat blog aku ni, kompom tak boleh selesai... semuanya sebab DUIT.... bila alasan tu diberikan.... senyap jer la... waima, masa yang sama projek ribu2 berjalan lancar.... hah tu pon sebab projek yang orang boleh nampak hadirnya kesibukan.... huh.... stop dulu, emosi aku tak terkawal nak bincang pasal tu...

kemudian, beberapa watu aku attend bengkel dan seminar dan pertandingan. semua ni urusan rasmi dan tak rasmi aku. tu waktu cuti tuuuu.... kesian keluarga aku, sebabnya aku tak amik cuti langsung untuk berhari keluarga... bila dah settle (tak semua la) keje2 aku.... aku amik cuti pulak awal bulan nih... saja bercuti dengan keluarga aku (entrynya nanti aku uploadkan naa). balik dari cuti pulak aku teruskan dengan urusan pejabat yang tengah banyak.... camtu ler bila customer aku adalah manusia... manusia bhai.... bukan kambing...

bila aku rasa dah reda sikit.... hari ni lah tu... aku cuba nukilkan beberapa sejarah sepurnama nan lalu.... untuk permulaan aku upload entry ni dulu.....



kawasan rumah aku duduk tu dah semak dan menyemak...









perdu pokok..... nature light








pertandingan inovasi dalam PnP.... tu zauja aku tengah present






ni pulak masa aku ada bengkel kat uitm arau.... ramai fasi nya ada title Dr. tapi bila aku borak2 ngan depa, ada setengah tu macam tak reti bercakap pon ada gak. ke depa takleh bercakap dangan aku yang dapat STPM 1 principle B nih hah.... lantak korang la.




lembaran jadual waktu aku.... secara manual jer aku buat... kenapa?... sebab aku amik kira "manusia" yang bekerja... bukan robot... still not perfect indeed.

tu pensel tekan-tekan aku sejak umur aku 11 tahun... pakcik aku bagi kat aku... masa aku diploma, pernah tinggal dalam kelas, esoknya aku datang awal sebelum pak guard datang semata2 untuk amik pensil tu

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.