Sepurnama nan lalu 4: Membaca membuatkan ilmu aku makin tak cukup


tiga daripada buku tu dah aku habiskan.... terlalu banyak pengajaran yang boleh diambil daripada kesemua buku tu. la ni aku tengah baca buku pelajaran agama islam oleh HAMKA. selain buku2 ni aku ada banyak lagi buku yang berorientasikan ilmu.... maksud aku buku ilmiah. semuanya sebagai rujukan peribadi aku. dari maklumat ilmiah buku2 tu aku cuba amalkan. bukan itu sahaja... perlu juga kita ada sumber rujukan yang "hidup"... guru maksud aku. sebab depa ni boleh kita tanya berkenaan kemusykilan kita.

sejak dari zaman sekolah aku bnyak habiskan duit beli buku. tak banyak sebab aku kena kumpul duit tu dulu pastu baru boleh beli. dan kekadang tu sebuah buku mahal harganya. dulu aku tak kerja lagi jadik sumber tu kurang sket. sekarang dah kerja sumber dibahagi bahagi untuk perkara lain pulak. cuma aku harap tabiat aku ni akan berterusan.

berkenaan solat.... formula solat sempurna... adalah buku yang amat baik. ini adalah antara koleksi buku aku berkenaan solat disamping kertas2 keje dan e-book yang aku ada. aku rujuk dan aku tanya kepada sumber hidup aku. aku cadangkan korang beli satu buku ni... amat baik sebagai simpanan peribadi..... sebagai rujukan. sebab apa aku suka buku ni.... setiap gerak dalam solat dikemukakan dalil yang sohih serta pilihan yang ada. cubalah baca naaaa...

ayahku..... pembuka minda untuk tidak jumud. selain tu, secara ak langsung aku dapat tau susur galur aku sendiri sebagai anak minang. allahyarham nenek dan datuk aku adalah antara murib junior tempat pengajian yang dibuka oleh ulama2 pembaharuan di Padang Panjang Sumetera Barat. dan aku adalah warisnya. cerita ini telah diceritakan kepada aku sewaktu aku kecik dulu. cuma waktu aku belum faham semua tu. sekarang aku amat faham... dan aku adalah antara pewaris murid muhammadiyah yang amat terkenal itu.

teguran suci dan jujur terhadap mufti johor.... amat penting dibaca. aku kagum. pengajarannya, setinggi mana ilmu agama dan setinggi mana jawatan yang kita sandang, lebih2 lagi berkenaan agama, yang pasti kita bukan maksum.... dan tak usahlah berbohong untuk mencari redho makhluk... berkata benarlah untuk redho khaliq.

pelajaran agama islam.... sedang aku baca...

marilah membaca.... tak banyak sikit pon tak mengapa... bukanlah aku "hantu buku" aku membaca untuk ilmu.... dan kadang kala bukan disiplin ilmu bidang aku.

"bacalah.... bacalah dengan nama tuhanmu..."

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.