Sepurnama nan lalu 2 : Seputar isu semasa



teman zauja aku ke JPJ Kangar.... kaunter sampai 12... pelanggannya tak sampai sepuluh.... bestnya.... tenang jer... tak macam JPJ kat tempat aku.... KL.... huh





piala dunia dah habis.... spain menang....


piala akhirat dah nak mula.... siapa yang akan menang?





Sepurnama lepas agak meriah jugak dengan pelbagai isu semasa..

apa guna aku ulas!!!

sekadar pandangan seorang rakyat marhain yang sedang menyedut oksigen di Malaysia sahaja. kalau tak boleh bagi pandangan jugak, aku pon tak reti nak kata apa... diktator @ kuku besi lah kut titlenya...

yang terkini...

isu "pelarasan" subsidi.... yang memperlihatkan kepada kita beberapa rege (harga) naik... gula, gas, petrol... tu yang aku teringat ler.... aku amat yakin barang lain juga akan turut naik dalam beberapa ketika nanti. kalau aku meniga, aku jugak akan naikkan rege barang, sebabnya barang yang penting dan utama pon dah naik... kenalah naikkan rege roti canai... takpon roti canai tu di kecikkan saiznya... wajib naik.

bila orang kaya cakap pasal duit dan kegunaannya di khalayak umum, bunyinya memang mudah. tu kena jimat, ni kena jimat.... wei.... hang p lah kat pedalaman bhai... tengok orang kat sana... nak jimat apa lagi, dah memang tak cukup. apa korang ingat depa ni naik motor pakai minyak sungai ke.... takpon taraf wali2, masukkan daun jer dalam tank motor tu pastu boleh start. dan ingat depa nih tak beli barang makan ker... ingat depa perah tebu pastu keringkan kat atas atap buat gula ke...

pikior lah sikit pakcik2 menteri oiiii.... depa ni kais pagi makan pagi bhai... isy touching aku.... tu hah projek istana kat jalan duta tu berapa regenya... sehinggit dua ke.... dak kan.... RM juta jugak tu... untuk satu family soltan duduk situ bila jadi agong kan... abis tu bangunan "istana" yang lain amcam... yang hinggap dan tak hinggap tu amendanya... isy aku dah terkawal emosi aku la ni, dah touching tahap gaban nih.... bagi aku yang mungkin tak berfikiran sejauh orang besar2 dan bergelaran (walaupon badan aku besar... ahaksss) cuba duit yang di bazirkan tu kita guna untuk pembangunan rakyat yang susah dan miskin ada gak pekdahnya... konsert2 (termasuk lah sambutan hari penting negara yang suka sangat guna mercun tu... tukar kepada majlis agama, duit untuk pembangunan yang tak perlu, duit tander yang dibagi kat anak2 beranak tu.... dan lain2 lagi yang semua orang tau) di agihkan pada yang memerlukan...

mungkin kita yang bergaji tetap.... MUNGKIN tak terasa kut (sebenarnya amat terasa gak... kena yang ada anak berderet tu, amacam) berbanding orang yang pendapatan tak tetap. isy... kalau korang tak adil, azab Allah tu pasti...

yang tak terkini sangat...

isu saman ekoq ni satu hal... aku rasa kekadang silap ekoq jugak depa ni tembak.... dan mungkin bukan tuan punya kereta yang bawak kete.... katalah dia dah jual kete tu, terjadi kesilapan teknikal yang menyebabkan nama kete masih guna nama orang yang jual kete tu.... hah tak ke naya dibuatnya... aku cadangkan supaya lepas korang tembak pastu korang buat ler road block. barulah tak ekoq namanya... road block nih kena jujurlah... ni tak, siap main puisi pulak suruh orang "uloq" belakang kete... please la wei... korang dah besar, gaji dah naik.... lain la itu hobi masa lapang.......

aku dah cek nama aku..... clear dari sebarang saman setakat yang diketahui....

yang dah tak terkini...

ni isu politik sket la.... sori ler aku sentuh gak pasal politik ni, aku tak suka sebenarnya nak cerita bab tu.... cuma ni isu lainnnnn sket... dan ini adalah pandangan aku semata2 dan bukan untuk menjatuhkan atau mengaibkan sesiapa dan juga tiada rujukan ilmiah yang aku laksanakan untuk komen aku nih.... pasal apa ek.... haaa pasal 40 ulama muda masuk kumpulan politik..

maaplah....

dalam temubual dengan wartawan dan juga dalam blog lain depa ni bagi alasan (ikut kefahaman aku terhadap sumber yang aku dengar) 1. untuk berdakwah kepada ahli kumpulan tersebut 2. isu keselamatan depa berdakwah dan beberapa isu lain yang aku kurang jelas. bila ditanya kenapa tak masuk kumpulan politik yang berorientasikan islam yang dah ada... jawapan yang diberi, dalam kumpulan tu dah ramai ustaz dan ulama.

aku adalah antara orang yang sering mengikuti kuliah depa secara langsung dan tidak.... tidak dinafikan keilmuan depa....

aku lebih cenderung kalau depa tidak berada dalam mana2 kumpulan politik kepartian. banyak sebabnya... kalau isu dakwah dan keselamatan.... adakah dengan masuk kumpulan politik boleh selesai semua masalah tu ke? bagi aku para ulama tersebut dah kecikkan audien depa. dan tak mustahil satu hari nanti perjuangan depa akan dinisbahkan kepada kumpulam yang depa sertai. ini bukan isu fitnah, cuma peringatan dan jangkaan apa yang akan berlaku dan contohnya telah ada.... bila depa pegang bendera kumpulan tertentu bermakna depa setuju dengan apa yang kumpulan itu bawak dan sudah pasti pergerakan amat terbatas dalam kumpulan itu sebab depa dah terikat dengan syarat dan terma kumpulan itu.... dan tak mustahil semua ini adalah rancangan yang amat halus dalam permainan politik hanyir yang aku benci...

apakah kekuasan kumpulan politik tu lebih besar dari kekuasaan Allah... adakah keselamatan yang di jamin oleh kumpulan politik itu lebih hebat dari jaminan keselamatan dan ganjaran dari Allah. adakah maksiat itu berada dalam kumpulan politik itu saja...

secara peribadi aku amat sedih.... tapi mungkin depa ulama yang ada pandangan yang lebih jauh.... sapa tau.

setakat ini.... apakah isu yang telah dapat campur tangan 40 ulama muda? atau sekadar masih bergerak seperti sebelum2 ini sahaja....

aku amat yakin dengan ilmu kalian.... cuma aku tidak yakin dengan ilmu politik kalian.

2 comments:

Taher Kasa 11:07 PM  

Powerrrrrr

askRAIN 12:06 PM  

:) sekadar pandangan rakyat biasa yang entah didengar atau tidak...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.