Minggu kedua aku berkursus

Dah masuk dua minggu aku berkursus. terlalu banyak perkara yang aku dapat belajar. mungkin sebelum ni aku tak terdedah langsung dengan semua ilmu yang aku dapat. tempoh seminggu lepas aku rasakan terlalu sekejap kalau nak dibandingkan dengan ilmu yang aku dapat. boleh dikatakan kesemua pengajar adalah yang terbaik yang pernah aku jumpa selama aku belajar.

para pengajarnya bagi aku terlalu professional dan jujur dengan apa yang diaorang ajar. kualiti sentiasa dijaga rapi. aku rasa di Universiti sekalipon aku tak bejumpa dengan kualiti pengajaran seperti yang aku alami sejak seminggu lalu. minggu kedua ni pon perkara yang sama berlaku. aku secara rendah diri dan ikhlas ingin mengucapkan tahniah, syabas dan terima kasih kepada Institut Aminuddin Baki-Genting Highland. sampai satu tahap aku sendiri tak tau apa kesalahan dan kelemahan yang boleh aku nilai. susah.

bukan itu sahaja, persekitaran pembelajaran di sana amat kondusif. dari pada persekitaran yang bersih, udara yang nyaman sehingglah tempat tinggal yang selesa di lengkapi dengan pelbagai kemudahan yang hebat. bukan aku nak puji secara buta tuli sahaja, tapi inilah realiti yang aku dapat rasakan.... tak taulah aku orang lain. kalau aku.... itulah yang aku rasa.



ini adalah persekitaran IAB.... cantik dan berish.... macam rindu sangat untuk aku tinggalkan suasana yang harmoni ini.








gambaran asrama tempat penginapan.... kafe pon ada... gym pon ada... kedai pon ada... semua ada....









hah... ni adalah menara IAB. kat bangunan ni orang pentadbiran memainkan peranan diaorang.







kebanyakan hari dekat IAB Genting ni suasana agak berkabus. walaupon tengah hari....








kabus sampai tak nampak jalan. aku berulang dari rumah Ibu aku di ulu kelang ke Genting. tak jauh 35minit sahaja.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.