Dah dua minggu aku tinggalkan sementara kerjaya hakiki aku. aku rindu nak bertemu dengan "pelanggan" aku yang setia. sebagai seorang "peruncit" pastinya akan tertanya berkenaan pelanggan. apa khabar agaknya semua orang. tinggal seminggu sahaja lagi aku di KL. bukan tujuan jalan2 makan angin, tetapi mencari sedikit nilai tambah untuk diaplikasikan dalam kerjaya yang begitu murni. mungkin terkadang aku merasakan cabaran yang begitu kuat dalam kerjaya yang aku sandang ini, namun disana ada sumber kekuatan yang harus aku gunakan untuk memotivasikan keseluruhan kehidupan kerjaya aku.

adakalanya aku mengeluh dengan cabaran... hmmm.. itulah suatu perkara yang tidak wajar aku luahkan atau aku ungkapkan. ada hikmah yang sering aku lupakan. ada hikmah yang Allah sembunyikan yang perlu aku hayati dan fahami. seorang tukang gasing dapat membentuk tunggul kayu yang tiada makna kepada gasing yang begitu berharga. dari seketul tunggul kepada gasing yang berharga. itulah nilai berbayar yang perlu aku sedar. apakah tukang gasing membentuk gasing yang telah siap untuk dijadikan gasing yang baru. tidak. segalanya bermula dangan usaha yang matang untuk melakukan suatu transformasi pengalaman dan intelektual. nah begitu juga dengan kerjaya aku sebenarnya.
perbetulkan niat atau perkemaskan niat yang sedia ada. kembalikan semangat yang murni terus ke dalam jiwa. semoga hari hari yang mendatang adalah lebih baik dari hari hari sebelum dalam hidup aku.
perbetulkan niat atau perkemaskan niat yang sedia ada. kembalikan semangat yang murni terus ke dalam jiwa. semoga hari hari yang mendatang adalah lebih baik dari hari hari sebelum dalam hidup aku.