Sehari sebelum berangkat ke KL

Esok 8HB aku akan ke KL. ada kursus selama 3 minggu. Alhamdulillah aku ke KL (kursus) bersama isteri tercinta. jadual asal isteriku yang akan pegi kursus dulu. beberapa hari lepas dapat memo baru (update) yang ada nama aku. hmmm.... aku tertanya, kat mana aku nak tinggalkan amni ye.. hmmmm..

oh ya... kalau aku balik hari ni mungkin sempat aku sertai perhimpunan kat istana negara bersama GMP untuk mansuhkan PPSMI. huh hangat sungguh isu ni. kenapa ada yang degil. pihak yang menegur bukannya calang2 orang. dan yang menegur tu adalah orang yang tak ada kepentingan politik kepartian. semua bukti dan hujah adalah berdasarkan ilmu dan kajian. aku kagum dengan nama2 ni Dato' Hassan Ahmad, A Samad Said, Prof Shaharir, Prof Nik Safiah dan ramai lagi cendikiawan. diaorang nilah yang bermati-matian memertabatkan bahasa dan budaya melayu. banyak hasilan ilmiah dioarang jadi rujukan di pelbagai peringkat. penat lelah diaorang ni macam sia2 sahaja bila ada orang yang berkuasa "memandulkan" usaha memertabatkan bahasa dan budaya melayu. aku sedikit kagum dengan bangsa india dan cina, diaorang ni ada sekolah untuk bangsa diaorang. tapi orang melayu sibuk sangat nak "cakap" orang putih dalam semua bidang.... kan kelakar tu.

bukannya kita nak tolak bahasa inggeris tu. tapi cubalah kita beri ruang kepada bahasa melayu sebagai bahasa pengantar ilmu. takkanlah selamanya bahasa melayu hanya digunakan untuk mengkaji kesusteraan melayu lama sahaja.... merong mahawangsa.... hikayat hang tuah... dan lain2. Jepun, German, Korea, Taiwan, Iran dan lain2... negara2 ni adalah negara yang maju dalam bidang2 tertentu... dan masing2 KUAT dengan bahasa ibunda masing2.... kita..... kita... bidang apa yang kita maju agaknya... POLITIK kut. itupun asyik bertelagah sesama sendiri.... rakyat yang merana. yang kaya terus kaut keuntungan... yang miskin terus sengsara. kepada orang politik dan pihak yang berkuasa... tak kiralah puak mana anda..... cuba2lah turun ke kampung2 pedalaman masuklah setiap rumah orang kampung pedalaman, dengar dan tengok suasana kehidupan meraka.... bukan waktu nak pilihan raya saja bawak kain batik sumatera. cubalah sehari duduk bersama masyarakat kampung pedalaman yang jauh dari bekalan air paip dan bekalan elektrik. jangan hanya jenguk ke KAMPUNG BARU yang harga tanahnya berjuta.

bukan itu sahaja.... daripada bertelagah nak rebut pangkat (rebut harta sebenarnya) cubalah selami perasaan masyarakat yang tak ada kerja dan diberhentikan kerja serta meraka yang bergaji kecil.... dengarlah bisikan hati dan naluri mereka...."macam mana nak beli makanan, nak beli susu anak, belanja anak, pakaian anak dan sebagainya" dengarlah.... jangan asyik nak bantu GAZA sahaja... kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan.

maaf beremosi sikit kali ni... bukannya apa... beberapa waktu yang lalu aku selak2 beberapa profile pelajar aku.... sebak... hati aku menangis...sukar nak digambarkan perasaan sedih aku. dari rekod tu aku dapati ramai lagi yang berpendapatan kurang dan tak tetap punyai anak ramai, susah..... kebanyakannya beasal dari kampung. yang aku kagum diaorang ni pentingkan pelajaran anak2. sampai bergolok gadai.... sebak aku.

wahai orang yang ada kuasa ditangan.... bertindaklah.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.