Cuti pertama hujung minggu

Sabtu.... cuti dua hari ni kadang2 aku rasa dah lebih dari cukup. aku seronok kerja banding cuti. cuma ada masa cuti tu perlu dan penting untuk bersama keluarga.


amnni tengah tunggu ayam goreng yang ayah dia pesan. untuk amni ke... takkk. untuk ayah dan umi. amni.... amni tolong tunggu jer. dari kecik nak kena ajar amni supaya beli produk muslim dan halal.





minggu lepas banyak aktiviti yang dijalankan. aku taklah turut serta semua aktiviti tu. cuma pantau dari jauh jer. Aiman banyak bantu jalankan semua aktiviti. kalau takde dia tak tahulah macam mana agaknya. terima kasih Aiman. aktiviti explorace pon aiman yang gerakkan bersama pensyarah lain. hmmm maksud aku aktiviti yang lasak ler. antaranya aktiviti ala2 x-factor hahahaha.... macam tak percaya je. tapi percayalah. Aiman dah realisaikan... kah kah kah.... fuh tak sanggup aku nak tengok budak2 tu kena makan telur mentah dan bawang putih. uweekksssss...


depa ni tengah pikir macam mana nak habiskan bawang putih mentah tu.... eeee..... eeeee....








Aiman sedang beri taklimat tentang aktiviti yang akan dijalankan.... hmmmm makan telur mentah dan bawang putih mentah.. amacam ada berani kaaaaa....







finale..... habis semua bawang putih dan telur mentah.... licin sapa punya keje ler agaknya.







jumaat.... rancang awal nak suruh budak2 tu buat flying-fox tapi terpaksa batalkan. Aiman dah cuba dua kali. dia kata tak selamat. Aiman sendiri hampir cerdera serius masa dia cuba flying-fox. sebagai pilihan semua orang kena berenang... tak kiralah kuak kupu2 ke, kuak dada ke, kuak buaya ke......


satu kumpulan dah hampir sampai ke darat.... yang penting kerja kumpulan.... bukan nak syok sendiri. tolong kawan2 yang tinggal jangan tinggalkan kawan kat belakang....







kalau ada buaya habis kenyang buaya tu makan budak2 tu hahahaha....

p/s: aku seram gak nak berenang.. takut kena kejar dengan biawak...



majlis perpisahan En. Hassan..... dia mantan ketua jabatan aku. orangnya selamba rock tapi tegas jangankan student takut aku pon kadang2 seram nak jumpa dia hehehe tapi dia tetap sempoi. dia nak ke mana ?..... dia bukan berhenti tapi sambung Phd.... lepas ni jadi Dr. Hassan Ali... :) way to go Dr. Hassan (Dr. in advance)


yang pandang henset canggih aku tu Zakuan... ketua kelas pelajar En. Hassan. dia perasan hensem je tu hahaha... baju kotak tu adalah baju paling dia suka (aku agak ler) tiap isnin kelas aku baju tuuuuuu lah yang dia pakai hahahaha... oh ya En. Hassan duk tengah tu.... cuba cari sendiri.





hah ni gambar penuh kelas En. Hassan dan Student dia...








hari selasa.... aku (staf biasa yang jadi mangsa hahahaha), Pian (ketua jabatan aku) dan Ezad (Ketua program) sambut TYT dari serawak. bukan kami bertiga je yang pegi, ramai lagi.


hehehehe.... hanya kami bertiga jer yang mengerti mengapa kami tersenyum. itulah pengalaman "berharga" kami bertiga. tak percaya.... percayaaaaaalaaaaahhh.







sempat algi aku curi2 amik gambar guna henset canggih abah aku punya (sekarang aku yang guna walaupun orang kata tu henset canggih aku hahhaha terima je laaaaa)






hmmm..... tu la sedikit cerita minggu ni. aku nak logout ni.... orang rumah aku dah membebel dah tu... dia kata "sejak ada broadband ni ari2 asyik blogggggggg jer" hahhahahaha k lah cabuttttt.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.