Kubur : Antara ilmu, syara' dan adat


Aku suka untuk berkongsi artikel yang aku selalu baca. Dengan ilmu dan pengetahuan yang masih lagi kurang dan terhad aku lebih suka mengambil artikel dari sumber boleh dipercayai dan diyakini benar dalam rujukan sumber yang depa ambil dan rujuk. semoga perkongsian ilmu yang sedikit ni dapat kita sama2 manfaatkan..

Hadis palsu: Bacaan al-Quran atas kubur
Azamin Amin
Tue | Nov 06, 07 | 8:59:51 am MYT

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Hrkh) - Hadis-hadis palsu seringkali digunapakai dalam amalan segelintir umat Islam yang perlu diperbetulkan malah wajar dibanteras penggunaan hadis tersebut dalam menghuraikan ajaran agama oleh segelintir individu yang tidak bertanggungjawab menjadi lebih berleluasa.
Iklan

Sebagai renungan beberapa contoh yang disebarkan yang wajar dikaji semula adalah membaca al-Quran ketika ziarah kubur yang bersandarkan kepada satu hadis iaitu:"Barang siapa berziarah ke kuburan kedua-dua oran tua atau salah satu di antara mereka pada hari Jumaat dan membacakan surah Yasin, maka dia akan diampuni dosanya dan dihitung sebagai kebaikan."

Hadis sebegini telah dijadikan dalil untuk menjustifikasikan amalan membaca al-Quran di kubur, kononnya amalan itu adalah suatu sunah yang diamalkan oleh Nabi s.a.w. dan para sahabat r.a.

Sedangkan ia merupakan sebuah hadis palsu yang mana kepalsuannya telah ditegaskan oleh para ulama hadis seperti Ibn Adiyy dalam Al-Kamil Fi Ducafa' Ar-Rijal, Az-Zahabi dalam Mizan Al-Ictidal Fi Naqd ar-Rijal, As-Suyuti dalam Al-Lali' Al-Masnu'ah Fi Al-Ahadith Al-Maudu'ah, seperti yang dipetik daripada Utusan Online.

Satu lagi hadis palsu berkaitan membaca al-Quran di kubur ialah yang bermaksud, "Barang siapa yang berziarah di kuburan, kemudian dia membaca al Fatihah, Qul Huwallahu Ahad dan al-Hakumut Takasur, lalu ia berdoa: "Ya Allah, kuhadiahkan pahala pembacaan firman-Mu pada kaum mukminin penghuni kubur ini, maka mereka akan menjadi penolong baginya (pemberi syafaat) pada hari kiamat".

"Saya telah cuba setakat terdaya menyemak sumber dan status hadis ini sama ada dalam kitab-kitab yang mengumpul hadis sahih atau yang mengumpul hadis daif dan palsu, tetapi gagal menemuinya," kata seorang pensyarah Dr. Azwira Abdul Aziz dari Jabatan Pengajian Al-Quran & As-Sunnah, Universiti Kebangsaan Malaysia.

"Tiada sesiapa pun yang menghukum amalan ziarah kubur sambil memberi salam kepada penghuni kubur serta berdoa dan beristighfar untuk mereka sebagai amalan bidaah. Kerana amalan sedemikian memang disunahkan oleh Nabi s.a.w. melalui nas-nas yang sahih.

"Berbeza dengan amalan ziarah kubur sambil membaca al-Quran di atasnya, di mana jumhur ulama memang melihatnya sebagai bidaah, kerana beberapa alasan ilmiah," katanya dan tambahnya kerana tidak ada nas sahih yang menyokong amalan membaca al-Quran di kubur. Semua hadis berkenaan amalan tersebut tiada asal usulnya (palsu) sebagaimana yang ditegaskan oleh Al-Albani dalam Ahkam Al-Janaiz Wa Bida'iha, katanya.
untuk lebih jelas sila rujuk kepada pakar dalam bidang agama. aku lebih suka merujuk kepada ahli agama yang mendasari ilmu mereka dengan rujukan dan sumber ilmiah dan muktabar daripada merujuk kepada ustaz yang popular tetapi tidak membuat rujukan sendiri terhadap sumber yang muktabar dan sahih.

p/s: berlapang dada dengan perbincangan ilmu tanpa menuduh mana2 pihak dengan bermacam gelaran yang diperkenalkan oleh musuh Islam laknatuLlah terutama orientalis.

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.