Nostalgia: Kenangan lalu Kuala Lumpur

Hmmm itu dulu...

itulah ayat nostalgia bagi aku. balik KL kali ni aku hadiri kenduri kesyukuran kat rumah adik aku nombor dua.... bawah aku ler maksudnya... kenduri tu pakej....aqiqah dan masuk rumah baru dia. hari ni ada masa sikit, aku pon belek2 album lama2 kat dalam laci simpanan ibu aku. aku bertemu beberapa gambar yang tersimpan banyak nostalgia. kat bawah ni antara yang sempat aku snap dengan henset murah aku tu....

adik2 sedara aku... rumah depa sebelah rumah aku. rumah kami pulak tepi kawasan kubur. yang aku nak cerita pasal van kat belakang tu. itulah kenderan berat pertama yang aku bawak secara rahsia sewaktu pakcik aku pegi kerja.... tapi kat kawasan rumah kami je.... bertitik tolak dari situlah aku reti bawak kete bila dah cukup umur.... terima kasih pakcik aku, dia tak marah pon aku cuma dia membebel jer... dan tak bagi tau ibu aku hehehehe...




ni adik aku paling akhir, bongsu. masa ni dia sekolah rendah lagi... la ni dia baru je masuk matrikulasi amik akaun... ok la tu kan. aku tak masuk matrikulasi pon...





dari kiri ayoy adik aku no5, zura no6 dan aha no4.... yang berkopiah tu aku ler.... ni masa kecik2 dolu... la semua dah besar panjang.....






aku terjumpa gambor ngeri nih.... ni aku lepas excident. jatuh nak elak langgar bebudak tengah rempit guna basikal dalam gelap. dah la jalan takder lampu, bebudak tu pulak tetiba keluar secara berjemaah dari simpang mana ntah... aku pon break mengejut ler. apa lagi menggelupur ler aku jatuh betul2 depan rumah tukang urut tradisional n buasir... boleh makcik tu tanya aku sakit ke tak... nak di marah kang, orang tua... terus menggelupur je la aku.


aku aku cedera gak.... cuma tak patah riuk jer. yang riuk masa tu motor skuter arwah atuk aku... pening aku nak sediakan jawapan bernas untuk atuk aku tu... macam biasa, dia tak marah cucu sulung dia ni. dia tenyeh buat kuat2 jer masa sampai rumah dia. mujur dia tak sapu minyak tanah jer.... uwaaaa pedihhhhh...

al-fatihah untuk atuk aku.... rindu kat dia...

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.