Hikmah: Kenapa perlu tegur orang secara berhemah

kenapa perlu tajuk yang aku tulis tu diterjemahkan....

ha'ah..... hikmah vs hemah....

menyalahkan orang memang kerja yang amat menyeronokkan. lebih2 lagi bila aktiviti tu menampakkan kita yang betul dan macho. tapi awassss.... kekadang perkara tu menyebabkan orang nampak KEBODOHAN kita sendiri... analoginya macam pemain bola yang score ke gol sendiri... yelah kan bila nafsu menguasai segenap saraf dan amarah diri, pasti akan terpapar kelemahan kita. lantas point yang mantop itu diguna pakai oleh orang lain terutamanya musuh kita sama ada dalam atau luar selimut untuk membalas dendam pada kita. orang jawa kata.... what comes around, goes around....(eh betul ke ek.... ke terbalik.... apa2pon maksudnya sama saja dok... ke tak sama??)

hmmm... cara teguran kita atas orang lain pastinya ada sentuhan hikmah dan hemah... bagi akulah kan... hikmah dalam ertikata bila kita buat teguran pada orang kena tegur (OKT) maka secara langsung atau rakaman tertunda, OKT tu akan bertindak spontan dalam dua cara,

pertama: respon terhadap teguran tu dengan nilai positif... maksud, OKT tak marah2 atau melenting.

kedua: respon yang diterima dalam betuk negatif... maksud, OKT akan bertindak ganas atau berbau ganas.... contohnya; jeling mata sambil angkat kening sebelah kanan.

implikasi dari teguran secara hikmah professional tu, walaupon dua jenis respon tadi diberikan NAMUN dek kerano hikmah tadi..... OKT pasti aku berfikir semula selepas kejadian kena tegur tu (kat sini ingin aku tegaskan... bukan kena tegur dengan makhluk halus naaaaa) haaaa itu kesan hikmah... indirect implication gitu.... kesan akhir yang aku pasti ialah.... OKT akan berubah tanpa paksaan. aku amat yakin dengan teori aku nih. syaratnya pastikan berHIKMAH..

baek.... sisi kedua pulak.... hemah.... berhemah maksud aku...

berhemah ni bagi pandangan sisi akulah jugak. lebih kepada aktiviti secara langsung. sewaktu OKT sedang ditegur. maksudnya cara teguran itu dilontarkan.... daripada gaya bahasa yang digunakan sehinggalah gaya gerak badan dan memek muka.... penting nih, walaupon muka kita tak sehensem mana pon. sebenarnya berhemah ni kawan rapat kepada berhikmah.... berhikmah ni mungkin perlukan role model... berhemah pulak tak semestinya ada role model...hikmah perlukan contoh perlakuan yang boleh dijadikan rujukan yang molek....

katalah seorang ostad tegur orang marhaen macam aku nih supaya solat berjemaah kat masjid. tapi dalam masa yang sama ostad tu solat secara single kat rumah (dengan beranggapan ostad tu bujang ler ek... kang bagi contoh dah kawen, tak leh, sebab banyak kemaslahatan lain yang aku kena fikirkan...) takpon azan maghrib dah abis, ostad tu baru nak warming down kat padang lepas main bola... takpon ostad tu suruh orang pi solat sedangkan dia tengah makan kat gerai waktu azan tengah berkumandang (dengan beranggapan ostad tu bukan dalam keadaan musafir..)... hah satu lagi contoh yang terjadi dan yang paling aku BENCI.... ostad yang cakap letop letop suruh orang jangan merokok, tapi dia sendiri sedut dunhill 20 cessssss....

e eh panjang pulak contoh aku...

berhemah plak contohnya banyak.... cuma aku nak bagi satu jah kut.... seorang ostad tegur seorang pompuan yang tak bertudung dihadapan orang ramai dalam nada yang amat memalukan OKT.... yeah sebenarnya sisi hikmah tu ada secara tersirat cuma berhemah tu takdok... kesannya.... OKT mungkin akan terus bertindak buas dan ganas....

maafkan aku, golongan agamawan dan ulama'..... sebab aku bagi contoh pasal komuniti yang pegang title agama... bukan apa implikasi buruk yang disebabkan golongan ini akan menyebabkan kesan yang amat berat dalam masyarakat. ada ostad dalam ceramahnya duk mengata perkara negatif terhadap ostad lain... dan sebaliknya.... aku pelik hal nih... tak boleh ke depa2 ni semua HIDUP dalam suasana ilmiah dan menghoramati pandangan orang lain. elak perselisihan.

weh aku nak bagi contoh positif pulak...

pertama:

pernah cucu rasulullah hassan dan hussin tengok orang ambik wuduk dengan cara yang salah.... air wuduk tak kena buku lali. hassan dan hussin kecik lagi masa tu. nak di pendekkan cerita. hassan dan hussin mintak orang dewasa tadi untuk jadi hakim sebab depa berdua nak bertanding siapa ambik wuduk paling sempurna. akhirnya orang dewasa tadi mengalah dan bagi tau... dialah yang salah dan hassan hussin yang betul....

kedua:

dalam satu kumpulan sahabat rasulullah yang sedang makan daging unta. tiba2 salah sorang terkentut. masa saidina umar bagitau, semua yang makan daging unta perlu ambil wuduk (walaupon dalam kumpulan tu ada yang dah ada wuduk). sebab apa sadina umar buat macam korang nak tau tak... sebab takkan dia nak suruh orang yang terkentut tu pegi ambil wuduk, malulah dia. jadik saidina umar suruh semua yang makan unta pi berwuduk.

nilah sedikit coretan aku kali nih...

yang baik jadikan tauladan yang buruk sempadan....

4 comments:

Scha Aisyah 8:08 PM  

salam... artikel yang sangat membina jiwa dan fikrah... benar seperti yang encik katakan.. kedua-duanya mestilah seiring... hikmah dan hemah...
**sama-sama memperbaiki diri dan mengajak orang lain...** ^_^

askRAIN 3:11 PM  

salam,

saya memberi pandangan dari sudut yang terlalu berbeza... jangan berkeras, berlembutlah sesama kita... moga kebaikan yang ada dikongsi bersama.

Unknown 7:16 AM  

Menyalahkan org dan Mencari Kesalahan org.Dua perkara yg sering berlaku dalam masyarakat.

Kalau Ketua Program mencerap / Audit mengaudit...lect kata "tu nak mencari kesalahan la tu"

kalau warden buat spot cek....student kata "tu nak mencari kesalahan student la tu"

So, cuba seHIKMAH mungkin dalam menjalankan tugas bukannya mudah. Saya dah kena dah...

Mintak2 tak de la anak-anak buah yg mendoakan kita
"Dipanjangkan umur tetapi dalam kehinaan"

chekbob 12:48 AM  

muhasabahkan diri

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.