Pen Dan Kocek : Aku lupa sisip pen di poket

agak lama aku tak buka internet....

hujung minggu lepas aku tak sihat.... disebabkan dah tak tahan dengan demam (biasanya bila demam jah aku telan ubat yang aku beli dari farmasi saja, kebah. tapi kali ni lain sikit) yang hinggap kat aku hampir dua minggu, aku pon rendahkan ego aku untuk ke klinik. yeah... aku ke klinik. dipendekkan cerita, doktor tu kata, aku dikhuatiri kena penyakit lelah (aku rasa macam confirm jah). terkedu jugak aku. yelah kan aku mana pernah sesak nafas pon. tapi doktor kata, mungkin disebabkan kahak yang banyak dalam dada aku dah menyebabkan kuman menyerang aku. cuma aku lupa pulak nak tanya, apa nama kuman tu... lelah ker namanya :) apa2pon aku terima kasih kat doktor tu bagi aku obat.... kuat sungguh obat tu. dua kali jah aku makan, kebah terus sakit dada dan belakang aku, kahak yang pekat pon hilang.

persoalannya.... adakah lelah ni wajib sesak nafas atau tanpa sesak nafas pon boleh dipanggil lelah. masa aku borak dengan pakcik ultromen - dia dah lama dalam kelab lelah ni - dia ada bagi tau aku tanda2 bila kena lelah (sebelum aku cakap tanda2 yang sama aku kena) memang sama dengan apa yang aku hadapi minggu lepas. huh... aku ingat H1N1 yang serang aku... memang tenat.

alhamdulillah....

bagi aku segla yang aku "dapat" minggu lepas tu adalah kaffarah buat aku.

minggu ni ada saki baki batuk.... kalau malam batuk aku menjadi-jadi...

aku teringat kata2 boss aku masa keje kat KL dolu...

"bila kita dah masuk 30an ni, banyak penyakit mula nak hinggap." cakap boss lama aku kat aku.

bertitik tolak dari semua tu, sejak umur aku cecah angka 3 kat depan, aku dah mula melazimkan berlari2 anak tiap minggu.... 2 kali jer yang sempat. week days takleh... jaga anak sesambil zauja aku masak.

semoga ada perubahan yang positif dalam hidup aku..

nanti aku sambung update blog aku dengan isu yang menarik.... dah ada dah ni cuma masa nak upload tu belum datang.

tungguuuuuu........

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.