Apa nak tulis ye?

aku sedang tengok2 beberapa web site dan juga blog yang menarik. kebanyakannya sumber maklumat yang sering aku lawati. tak kiralah apa jenis maklumat. antaranya berkenaan perkara umum dan sosial, politik dah semestinya (ni modal untuk borak ngan orang yang selalu cakap politik hahahaha.... kena ada modal), ilmiah - ni yang penting, setiap inci isu kat dunia ni perlukan rujukan dan panduan ilmu atau sumber rujukan ilmu yang baik. lantaran setiap apa yang di perkatakan pasti ada hujah yang dapat dipertanggungjawabkan. cuma ada masa isu satira atau mitos pon aku suka jugak. bukan apa, ada masanya aku perlu loyar buruk gak.

cuma.... hmmmm tak sedap pulak perkataan cuma ni kat depan - selalunya - haaa ok sedap sikit - selalunya orang taknak terima sesuatu yang berlandaskan ilmu. bukan dalam satu isu atau perkara sahaja.... banyak perkara. dalam isu politik contohnya.... diaorang suka sangat berbalah ikut sedap masing2 asalkan pihak yang satu lagi "nampak bersalah" dimata orang awam. bila disentuh atau dikaitkan sesuatu perkara tu dengan ilmu lantas diaorang lebih suka ikut suka hati. kekadang banyak pandangan dan kajian ahli akademik tentang sesuatu isu yang berbangkit sebagai tak betul, salah dari segi undang2 atau sebagainya, tapi diaorang taknak ikut. bahkan kekadang diorang salahkan orang2 akademik yang bagi pandangan. terlalu kelakar aku rasa. mungkin aku boleh buat analogi macam ni: ada sorang cikgu silat yang tak reti apa2 tentang kungfu tiba2 menyalahkan orang belajar kungfu sebab cara tumbukannya tak betul... eh apa analogi aku ni hmmm boleh lah kut.

satu perkara lagi, bila diperhatikan keadaan isu semasa, aku terasa ada sesuatu tidak adil atau tidak jujur sedang berlaku dikalangan politikus di negara ni. seolah2 dioarang ni terlalu mengejar pangkat dan keduduakan tanpa memikirkan tanggungjawab yang akan diaoarang galas nanti. secara logikanya bukankah diaorang ni ada agenda yang tersembunyi... aku teringat apa yang rasulullah pernah bagitahu... ada tiga perkara yang akan menjahamkan akhirat kita kalau tak dielakkan atau dijaga dengan teliti antaranya: pangkat, harta dan wanita. jom kita tengok posisi negatifnya... logiknya kalau kalau seseorang tu (ni orang yang crook dan takde asas agama yang kuat pastu taknak amal islam) dapat jawatan yang tinggi pastinya dia akan ada pengaruh yang luar biasakan...

maksud aku pengaruh orang dibawahnya dan jugak orang yang perlukan "tanda tangannya" tak gitu. tu biasalah kan dah adat. kuasa kalau bukan berada pada orang yang beriman dan bertaqwa pasti akan kelam kabut. hah pada peringkat ni pasti orang tadi akan gunakan kuasanya untuk kesenangan hidupnya. dah ada kuasa semua ditangannya, selagi dia boleh jadi "dewa" selagi dia akan guna kuasa. pastu dari situ dia akan "buat duit" dengan seronoknya. bila dah seronok tahap maksimum mulalah nak cuba yang bukan2.... minum wiski dan adik beradiknya dan yang paling orang lelaki nak cuba ialah nak "test drive" perempuan. lagi ramai lagi diaorang seronok, betultak. alahhhh... macam kita test drive keretalah.... paham :) ... huh macam tu kesan negatif yang aku rasa akan berlaku. ni bukan cakap je tau, perkara ni pernah aku tau masa kerja dekat KL 2 tahun -+ yang lepas, ada yang depan mata aku dan aku yang aku dapat maklumat dari orang yang aku percaya. ni bukan aku tuju pada ahli politik tapi semua peringkat manusia terutama untuk diri sendiri.

aku teringat tafsir surah at-takasur. cuba baca, hayati dan perhatikan:

“Telah melalaikan kamu perbuatan berlumba-lumba untuk membanyak-banyakkan (harta benda, kuasa dan pengaruh). Sehingga kamu masuk kubur. Jangan sekali-kali (bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak (akibatnya yang buruk)! Sekali lagi (diingatkan): jangan sekali-kali (kamu bersikap demikian)! kamu akan mengetahui kelak akibatnya yang buruk)! Demi sesungguhnya! kalaulah kamu mengetahui (apa yang kamu akan hadapi) dengan pengetahuan yang yakin. Demi sesungguhnya! kamu akan melihat neraka yang marak menjulang. Selepas itu, demi sesungguhnya! - kamu akan melihatnya dengan penglihatan yang yakin. Selain itu, sesungguhnya kamu akan ditanya pada hari tentang tentang segala nikmat (yang kamu telah menikmatinya)!”.
(ayat 1-8 at-takasur).
wahai orang2 politik yang terlajak atau terbukak blog aku ni, marilah kita kembali kepada tindakan yang berlandaskan ilmu yang benar dan ikhlas tanpa mengira di pihak mana anda berada. jujurlah dengan segala tindak tanduk anda kerana ada yang sedang memerhatikan anda.

hah macam tu jugaklah dalam beragama ni. segala perkara wajib berlandaskan ilmu yang muktabar sahih lagi benar berlandaskan alquran dan sunnah nabi s.a.w. aku bukan orang bidang agama pun cuma banyak perkara dalam beragama ni orang tak ikut sunnah yang sebenar. ramai yang lebih suka ikut apa yang turun dari nenek moyang diaorang tanpa menyelidik asas ilmu yang menjadi rujukan. aku tak nak ulas panjang hal ni.... mari kita befikir sejenak. nanti aku sambung semula.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.