Sabtu pagi yang terang

buat sekian kalinya aku tak boleh nak upload gambar dari pada laptop aku... tak mengapalah. tapi aku rasa kecewa sebab tak dapat nak kongsi gambar yang aku ada. hmmm....

pagi tadi aku berkesempatan untuk ke kuliah umum Dr. Azwira di Masjid Syed Alwi. walaupun ringkas tapi amat padat ilmu yang disampaikan. isu yang di bawa ialah berkenaan raja' = harap, mengharap kepada Allah. memohon setiap perkara kehadrat ilahi. setiap kita pasti inginkan sesuatu dalam hidup ni. tapi manakah perkara atau kehendak yang utama, dunia atau akhirat. dalam memohon dan mengharap sesuatu pada Allah pastinya ada syarat yang perlu kita penuhi. aku pasti setiap perkara yang kita nak buat pasti kita perlu penuhi syarat tertentu. aku bagi analogi, kalau nak lulus exam dengan cemerlang pasti kita kena belajar dengan sungguh2 dan rajin. macam tu jugak untuk kita harap dan memohon sesuatu daripada Allah. antara syarat untuk berharap pada Allah ada tiga perkara, pertama: kita perlu mempunyai keinginan yang kuat terhadap apa yang kita harapkan. bukan sekadar main-main sahaja. perlu ada kesungguhan, kedua: bimbang kalau2 apa yang diharapkan tu tak dapat dicapai. dalam keadaan ni pasti kita akan secara tak langsung akan bersungguh2 berharap kepada Allah, ketiga: yang seterusnya pastinya kita perlu kepada persiapan yang mantap untuk mencapai apa yang diharapkan.

setiap persiapan pasti ada perkara yang kita perlu penuhi. dalam hal ni apa yang perlu adalah nilai taqwa dan iman dalam diri seseorang muslim. Dr. Azwira seterusnya menyatakan bahawa bukan semua perkara kita boleh mohon kepada Allah. antara perkara yang tidak berlakunya raja' pada Allah ialah memohon perkara yang telah pasti. contohnya memohan supaya malam tidak berlaku. perkara ni tak boleh dipohon sebab malm tu telah ditentukan oleh Allah akan berlaku. selain tu, memohon perkara yang mustahil juga tidak dibolehkan. setakat ni yang dapat aku nukilkan daripada kuliah pagi tadi.

lepas kuliah pagi tadi aku jalan2 di mata ayer... dah lama jugak aku tak jalan2 kat sana. suasana damai kawasan perkampungan tu semacam memberi suatu ketenangan pada aku.

sampai di Pauh aku singgah beli nasi lemak dan sedikit kuih untuk isteri dan anak aku.

dekat rumah aku baring kejap... tak tahu kenapa. kepala aku rasa macam nak pecah sakitnya. masa tulis blog ni pon aku rasa sakit sangat kepala. tapi sempat gak aku update blog dan buat online transaction.... baiklah aku nak baring sat. aku rancang nak ke Kolokium di dewan wawasan kangar pukul 2.30 petang ni. kalau tak ada aral insyaAllah.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.