Awan mendung lagi

hmmm... dah naik gian pulak aku kembali menulis blog ni.

dah beberapa kali aku cuba upload gambar tapi tak boleh2 jugak tak tahu kenapa.... isy geram aku, message yang keluar "done" tapi tak dan gak aaaaarghhhh.....

sebelum zohor tadi ada helikopter mendarat kat tepi padang rumah aku (kuaters tempat aku tinggal) masuk ni dah dua kali kenderaan udara tu mendarat... yang hari tu mendarat cemas.... kali tak cemas. tak tahulah apa alasan heli tu mendarat.... paling seronok budak2 ler... anak2 jiran aku sume p tengok secara dekat heli tu. satu hari nanti mungkin salah sorang jadi pilot....

pagi tadi macam rutin biasa... aku ke nat (pasar basah + kering kat utara) aku rasa dah lewat jugak tapi orang yang jual ikan tu ada yang lagi lewat dari aku... ada gak yang awal, ada yang dah setting tempat sejak petang semalam lagi. apa2 pun aku memang suka sangat ke nat ni (nat pokok getah, arau, perlis) barang2nya segar belaka. ikan segar, sayur segar, orang segar.... eh silap..... hmmm betullah tu... orang segar2 pagi2 ke nat beli barang keperluan. nak diceritakan betapa segarnya sayur: aku beli bayam kat sorang pakcik ni (aku regular customer dia) dari jauh dah senyum kat aku... mulanya aku tak berniat pon nak beli sayur kat dia hari ni, tapi bila dia dah senyum aku pun teruja nak beli. jadi aku belilah bayam dua ikat (dalam hati, ni mesti wife aku marah bila balik nanti sebab beli sayur banyak sangat kahkahkah) sambil beli aku tanya pakcik tu "sawi takdak ka pakcik" (tolong baca dalam loghat utara) pakcik tu jawab "kaecik lagi minggu depan ada kut" pakcik tu tanam sayur tepi rumah dia. sayur yang dia jual semuaaaaaa segar, kira macam malam tadi cabut pagi ni terus jual.

hah itu cerita nat pokok getah..... sebelum bali sayur aku beli ikan dan lain2, ni lah rutin mingguan aku. aku beli bekalan untuk seminggu. kadang2 aku macam rasa jiran2 aku seram jer terserempak dengan aku masa aku bawak barang. apa tidaknya, meriah sungguh, tak cukup tangan kadang2 tu. apa yang mampu aku respon... senyum je la... tapi kekadang orang tak tanya aku dah jawab dulu "saja beli untuk seminggu" hahahahaha. minggu ni aku ke nat sorang. selalu dengan isteri dan anak aku. saja nak pegi sorang. aku aku pegi sorang cepat sikit. kalau pegi dengan orang rumah aku, tujuh kali tawaf nat tu pon tak abis lagi hahahaha (saja nak usik manja isteri aku) kadang2 yang aku seram dengan orang rumah aku tu, apa taknya boleh ke dia tanya orang yang jual ikan, ikan tu nak masak apa... isy2 tapi bagus gak bertambah banyak ler resepi kat rumah aku... dan bertambah la berat aku sebagai food tester.

petang ni langit berawan.... macam mendung... atau mendung sebab pembakaran jerami padi (tak pasti jerami ke batang padi yang tertinggal)...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.