Bila aku tinggal sorang...

Semalam masa aku sampai dari Kelantan, perasaan sebak terus menyerang aku sebaik aku masuk dalam rumah. setiap inci dalam rumah tu ada saja yang buat aku teringat kat anak aku, amni. macam terbayang2 dia main2 kat ruang tamu rumah aku. bila masuk bilik.... tengok katil amni ada beberapa patung mainan yang dia tak bawak balik klate... rindu sangat kat amni... keletah amni amat sangat buat aku teringat kat dia.... petang tadi umi amni call.... aku borak2 dengan amni... walaupon aku tak faham apa dia cakap tapi aku tau dia cerita kat aku apa dia buat ari ni.... hmmm umi dia pon aku teringat gak :) .... tapi kat amni amat aku teringat... dulu masa nak bersalin amni aku tak teringat sangat (kat umi dia aku teringat ler) mungkin masa tu aku tak ada anak lagi kut.... hmmm aku menanti untuk bersama amni semula.....


amni main masak2..... umi dia belikan mainan masak2... kekadang dia suka "tolong" aku dan umi dia masak kat dapur.... habis tempat aku simpan bawang dia selonggkar.... takpun dia tolong aku "siang" ikan.... hmmm naik lembik ikan tu dia basuh...

teringat kat amni....



Petang tadi mulanya malas nak masak apa2 untuk makan malam... tetiba rasa nak masak jugak, jadik aku belasah je apa yang ada kat dapur untuk jadi santapan diraja petang tadi (aku makan malam.... petang, jarang malam.... kalau ada orang barulah makan malam)


kurtuk daging... mak mertua aku bekalkan untuk aku semalam. sedap. tapi aku tak tau bila boleh habis agaknya.... sebab aku tak berapa minat kurtuk daging.... kalau kurtuk ayam ok... tapi takkan aku nak suruh mak mertua aku masak.... banyak cantik muka kau rain.... hehehehe.... mak mertua aku memang pandai masak. wanita disekeliling aku semua pandai2 masak.. ibu, mok, wife aku.




kentang goreng ni dah lama sangat dalam peti sejuk... aku cuba masak... eh elok lagi laaa... apa lagi aku makan laaahhhh







hah ni sambal tempoyak aku buat.... mentah jer.... bahan2nya... cili merah 5 batang, bawang sebijik, tempoyak sesudu dan garam ikut sedap..... cara buat... senang jer... korang tumbuk jer semua tu serentak... ikut korang la nak kasar ke halus.... aku suka kasar





sebagai menu tambahan... aku goreng tiga ekor ikat kering.... ikan duri.... aku beli kat nat pokok getah (pauh) aku suka.... sedap... sebab tak masin sangat.... kira macam masin2 buah gitu...





esok tak tau lagi.... hari ni dah lepas...... esok akan datang...

1 comments:

Delliey 11:38 PM  

be patient, en..

lumrah hidup mmg mcm tuh..

jusst for a while,right??

don't think about that too much..

hope everything will be ok! :)

FIGHTING!!

p/s: xde hantu nye kalo stay sorang2 kt umah tuh.. hahaha!

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.