Sabtu: Penantian yang penuh debaran

Awal pagi setelah subuh menyingkapkan gelapnya terang mentari pagi menyinarkan cahaya segar dari ufuk timur, lembayung jingga merembeskan cahaya penuh dengan makna yang sukar untuk diramal... ada cerita dan sejarah atau kenangan yang akan terbina hari ini. hanya yang maha Esa yang lebih mengetahui dari makhluk yang wujud...

aku memberikan sedikit ruang untuk batang tubuh ini menyerap udara segar pagi... awal hari ni aku keluar untuk jogging sekitar tempat aku tinggal. sekadar untuk mengeluarkan peluh dan menggerakkan segala anggota badan yang tak sempat bergerak sepanjang munggu bekerja. terasa benar segar udara pagi... lembut dan ringan... tak macam udara kat KL yang agak kotor. sekian lama aku tinggalkan kota raya kelahiran aku tu sekian kalinya aku lupa tentang hiruk pikuk suasana KL.

mungkin aku ni bukan jenis "bandar" sebab sanggup tinggalkan segala "keseronokan" di KL. jiwa aku lebih serasi dengan suasana sekarang. tenang.... dan tak serabut. mungkin akan ada suara bertanya.... kenapa aku tinggalkan KL? hmmm jawapan aku mudah.... kenapa korang datang KL?... sebab jawapan kita akan sama cuma tempat sahaja berbeza..... mungkin...

kembara anak jati KL ini bukanlah lari dari realiti. namun aku mencari realiti diri. aku bukan insan yang berpura2 seronok dalam suasana yang tidak serasi dengan jiwa. aku tidak lari dari tempias maksiat yang mudah terpalit di tengah kota. aku tidak juga lari dari tanggungjawab. cuma aku ada misi yang harus dipenuhi. misi yang telah lama aku idami. misi yang jarang orang hargai kerana misi... bukan kerana wang ringgit. aku mencari sedikit sumbangan akhirat yang hasilnya cuba untuk aku raih di hari yang mana tiada guna harta benda dan anak isteri... yang tinggal hanya amal bakti.

"wa ang nak tingga ibuk ko Ren..."(terjemahan: hang nak tinggalkan ibu ke Rain...) itulah cabaran pertama aku hadapi... bukan mudah untuk aku jawab sebagai anak sulung. cuma aku berikan harapan yang pastinya aku sedang tunaikan... aku takkan putus hubungi ibu ku di KL. biar dia merasakan aku sentiasa disisi walaupon jauh disini. Alhamdulillah selama tiga tahun ni aku dapat rasakan ibu makin memahami aku.... dan aku tak pernah luma tanggungjawab sebagai anak.

diluar sana hujan masih lagi belum berhenti.... angin dingin memenuhi ruang tamu rumah aku di mana aku menaip dan mengemaskini blog ini....











Amni dan kelambu...

dua tiga waktu ni aku sedang menunggu kelahiran anak aku nombor dua... jadi banyaklah barang si baby tu aku dah sediakan... sebahagian aku letak dekat luar.... ruang tamu... apalagi inilah kesempatan yang amni gunakan untuk gunakan apa yang boleh digunakan untuk alat bantu main..... :)



amni bawak sebahagian anak patung mainan masuk dalam kelambu yang aku beli untuk second born baby aku nanti....








aku perhati dari jauh........ ikutlah amni...







tak larat nak larang.... umi dia dah risau... takut koyak sebelum adik amni boleh guna.... atau..... amni tak bagi adik dia duk dalam tu.... huh.....





wife aku masih belum bersalin lagi.... dah over-due beberapa hari dah ni... takper lah aku harap dia dan anak dalam perut sihat....

hmmmm kalau lelaki aku nak letak nama Muhammad Hamzah... dua gabungan nama yang hebat pejuang sewaktu islam mula2 hendak berkembang... Muhammad adalah sempena nama rasulullah s.a.w dan hamzah tu pak sedara rasulullah yang berjuang bermati-matian memegang panji2 islam... hebat perjuangan hamzah ni... dikabarkan walaupon tangannya putus dalam perang tapi beliau terus memegang panji2 islam sehinggalah beliau gugur syahid dan dadanya di belah hendon.... bacalah sirah hamzah untuk lebih lanjut. aku harap semangat Saidina Hamzah akan meresap ke jiwa anak aku.

Gugurnya 'Singa Allah'

Oleh Haji Sulaiman Jeem (Penulis Khas)
http://www.mail-archive.com/hizb@hizbi.net/msg01747.html

TERCETUSLAH perang Uhud. 'Singa Allah' itu tampil ke muka. Musuh pertama yang tumbang akibat pedang Hamzah ialah Artan bin Abdu Syurahbil, kemudian pembawa bendera Quraisy, Usman bin Abu Talhah, setelah itu Sibak bin Abdul Uzza dan berpuluh-puluh perajurit Quraisy bergelimpangan.

Setelah ramai tentera Qurasiy gugur, tibalah saat Hamzah menemui panggilan Allah.

Wahsyi menceritakannya:

"Kulihat Saidina Hamzah laksana singa garang. Kepala yang tercerai dari badan akibat pedangnya tidak terkira banyaknya. Ketika Sibak mengajaknya bermain pedang, Saidina Hamzah menjawab dengan pukulan yang mengakhiri ajal Sibak.

"Tidak jauh daripadanya aku bersembunyi di balik batu. Hamzah tidak melihatku. Kutujukan lembing ke arah Saidina Hamzah. Setelah aku pastikan sasarannya, aku segera melemparkan lembingku. Kulihat Hamzah rebah. Kubiarkan hingga dia mati.

"Setelah itu baru kudatangi dan kucabut lembing yang masih terbenam di tubuhnya. Aku lalu menghilang di tengah-tengah peperangan yang sedang bersemarak. Tujuanku hanya untuk membunuhnya. Tidak lebih dari itu."

Wahsyi menambah:

"Hindun membedah tubuh Hamzah sebaik-baik mengetahui 'Singa Allah' itu gugur. Diambil limpanya untuk dimakan. Tetapi kerana tidak sanggup menelannya, Hindun meluahkannya semula."

Hindun naik ke batu besar lalu berteriak lantang:

Dendam di Badar berbalas kini

Perang berkobar membakar segala

Hatiku pedih tidak terperi

Utbahku dahulu telah sirna. Nazarku kini sampailah sudah

Wahsyi pengubat luka dadaku

Baktimu Wahsyi kukenang sentiasa

Hingga tulangku berkecai dalam pusara.

Ketika diceritakan kepada Nabi Muhammad saw perihal perbuatan Hindun, Nabi bersabda:

"Adakah wanita durjana itu memakannya?"

"Tidak!" jawab mereka.

"Allah tidak memasukkan sedikit pun bahagian tubuh Saidina Hamzah ke dalam neraka," Nabi saw menambah.

Jenazah Hamzah telah disembahyangkan sebanyak 70 kali oleh orang ramai, kemudian barulah dikebumikan sekuburan dengan saudaranya, Abdullah bin Jahasy.

Rasulullah kemudian menyatakan, Malaikat Jibril telah mendatangi baginda dan memberitahu:

"Saidina Hamzah bin Abdul Mutalib telah tertulis namanya sebagai warga langit yang tujuh."

Pada hari itu turunlah wahyu Allah bermaksud:

"Andai kamu menyeksa, seksalah sepadan dengan penyeksaan yang dilakukan kepadanya. Tetapi kalau kamu sabar, maka kebahagiaanlah bagi orang-orang yang sabar."

Wahyu Allah ini diturunkan sebagai meredakan hati Nabi saw. Segala perbuatan kaum Quraisy terhadap bapa saudaranya Hamzah, kemudian Nabi saw maafkan di samping melarang segala bentuk penganiayaan.

Baginda pulang bersama tentera Islam yang lain. Sebaik-baik saja baginda masuk ke rumahnya di Madinah, baginda terdengar suara ratapan beberapa orang wanita terhadap para pejuang mereka yang telah gugur.

"Gerangan apakah ini?" tanya baginda.

"Wanita-wanita Ansar meratapi para pahlawan mereka yang gugur, wahai Rasulullah!" sahut seorang sahabat.

"'Kasihan, Saidina Hamzah tiada wanita yang meratapinya," sabda Nabi saw lagi sambil berdoa untuk kebahagiaan Saidina Hamzah.

1 comments:

Unknown 8:46 PM  

muhammad hamzah bin azrin azli...erm nmpk gayanya nama ayah lg moden tp nama tu pun cantik dan byk nilai tersirat mahupun tersurat....

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.