Hari ni: Ada yang nak dikongsikan bersama

Macam biasa..... setiap hujung minggu rutin aku ke nat (pasar tani pagi) untuk beli barang basah keperluan seminggu. cuma pagi tadi aku beli sikit sahaja memandangkan kelmarin dan kelmarin dulu kami dah beli beberapa jenis barang keperluan.

Dan sebagaimana rutin, aku akan ke gerai yang kerap aku beli.... dah macam kenal... depa pon macam dah kenal sangat dengan aku...kata salah sorang penjual kat aku "Bang hari ni makan keli lagi" aku pon balas dengan senyuman... minggu lepas aku beli ikan keli kat brother tu... RM sekilo. murah seringgit daripada pasar basah pauh... aku teruskan ke gerai makcik yang jual barang2 kering.... bawang merah, bawang putih dan sebagainya.... aku beli kentang... setiap minggu aku mesti singgah kedai dia... cuma pagi tadi aku rasa sebaklah pulak bila dia kata... "terima kasih la encik... tolong makcik..."... hmmm aku terkedu tak kata apa2... aku lemparkan senyuman jugak... Allah yang memberi rezeki kepada setiap manusia bukan aku.... aku teruskan perjalanan aku ke seluruh pasar tu....

dalam perjalanan balik rumah... aku singgah kat kedai "pelbagai barang".... masih dekat Nat tu lagi.... kat situ macam2 dia jual... yang menarik pandangan aku minggu ni ialah kamera SLR.... cantik2 dan menarik2... aku tengah kumpul duit nak beli DSLR....



ni antara kamera SLR yang dia jual.... semuaa manual.....

sesiapa yang berminat boleh pesan kat aku.... tu pon kalau minggu depan ada lagi kamera tu...




amni teman aku...

amni selalu temankan aku... bukan setakat teman sahaja... teman tapi mesra... hmmmm abis dia bertenggek kat aku.... hmmmm....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.