Kepuasan: Namun belum maksimum

tiba tiba aku teringat satu sms dari x-student aku dulu...

sms student aku:

salam, encik trime ksh byk...bg ilmu kt sy... hari ni, hari pertama saya keje... Alhamdulillah... harap encik dimurahkan rezeki lg... syu...

aku reply:

:) ok tq syu, selamat bekerja, smoga masa dpn awak cerah.

sms student aku:

terima kasih..... :)

inilah antara kepuasan yang aku dapat rasakan..... bukan gaji yang besar tetapi kejayaan anak didik membina masa depan yang cerah..

aku rasa terlalu bertuah dan seronok sangat dengan kerjaya aku sekarang. sekian lama aku idamkan. bukan kerana kerjaya yang glamour tetapi kerjaya yang ada sumbangan untuk masyarakat dan bukannya berasaskan keuntungan. terlalu banyak cabaran yang aku hadapi untuk memiliki kerjaya aku sekarang. segalanya adalah kehendak Allah. walaupon banyak cabaran dalam kerjaya sekarang tapi aku puas. setiap hari aku rasakan hari yang baru dan motivasi diri aku amat tinggi untuk melangkah ke tempat kerja. aku berurusan dengan manusia, menyumbang idea. bagi aku kerajaya ni amat hampir dengan dosa dan pahala... amat hampir. dan untuk itu aku cuba sedaya upaya untuk menjadi seorang pendidik yang jujur dan ikhlas.

hmmm.... ntah kenapa aku teringat perkara ni....

kepuasan yang belum bernoktah........

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.