Ibu: Ibu dan aku


gambar ibu di Mekah pada musim haji tahun 2008 yang lepas



aku amat teringat pada ibu.... ya.... aku panggil ibu dengan panggilan "ibu".... ibu banyak kongsi keperitan hidupnya masa kecik. susah payah perit jerih kehidupan. entah kenapa aku terlalu teringat pada ibu saat ini. sebenarnya terlalu berat untuk ibu lepaskan aku bekerja di negeri orang. kalau boleh dia nak aku sentiasa berada dekat dengannya.... ya aku faham semua tu. dan...dan aku telah terangkan sebab musabab aku perlu untuk merantau... alhamdulillah ibu faham... ya aku faham.... seorang ibu amat sukar untuk melepaskan anaknya berjauhan dengannya.... lebih2 lagi sejak aku dah punya anak dua.... aku makin faham ibu dan tak lupa abah aku... aku makin faham mereka bedua.

aku teringin amat menulis tentang ibu... namun sukar untuk aku terjemahkan segalanya. tak terucap dengan kata2... pengorbanan ibu amat besar kalau nak dibandingkan dengan sumbangan aku pada ibu. ibu sumber kekuatan aku sejak dari bangku sekolah lagi... ya memang ada saja yang aku tak setuju.... apatah lagi bila aku memikirkan keseronokan lebih dari keburukan yang akan aku hadapi. terlalu banyak dosa aku pada ibu.... aku takut suara aku tinggi dari ibu.... aku takut aku ni melebihkan isteri dari ibu.... aku takut derhaka pada ibu... aku takut tak berlaku adil pada ibu.... aku takut ibu merana kerana aku.... aku takut berdosa pada ibu..

bagi aku ibu adalah keramat hidup yang sentiasa mendoakan aku... keberkatan mentaati ibu amat hebat. pesan abah...kalau kita dalam kesusahan jumpalah ibu.... cium.... peluk... sukakan hatinya.... pohon doanya.... pasti akan datang ketengan pada masalah yang timbul... apa saja masalah.... ya apa saja... apatah lagi ada pendapat yang mengatakan melihat wajah ibu itu saja dah dapat pahala.... lihat dengan kasih sayang maksud aku. kalau derhaka.... hidup akan penuh dengan bala.... susah hati.... tak harmoni.... tak ada keberkatan... bila tak ada keberkatan, akan berlakulah pelabagai musibah.... na'uzubillah...

aku teringat dan terbaca ayat di bawah......


وَٱلۡوَٲلِدَٲتُ يُرۡضِعۡنَ أَوۡلَـٰدَهُنَّ حَوۡلَيۡنِ كَامِلَيۡنِ‌ۖ لِمَنۡ أَرَادَ أَن يُتِمَّ ٱلرَّضَاعَةَ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡمَوۡلُودِ لَهُ ۥ رِزۡقُهُنَّ وَكِسۡوَتُہُنَّ بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۚ لَا تُكَلَّفُ نَفۡسٌ إِلَّا وُسۡعَهَا‌ۚ لَا تُضَآرَّ وَٲلِدَةُۢ بِوَلَدِهَا وَلَا مَوۡلُودٌ۬ لَّهُ ۥ بِوَلَدِهِۦ‌ۚ وَعَلَى ٱلۡوَارِثِ مِثۡلُ ذَٲلِكَ‌ۗ فَإِنۡ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ۬ مِّنۡہُمَا وَتَشَاوُرٍ۬ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡہِمَا‌ۗ وَإِنۡ أَرَدتُّمۡ أَن تَسۡتَرۡضِعُوٓاْ أَوۡلَـٰدَكُمۡ فَلَا جُنَاحَ عَلَيۡكُمۡ إِذَا سَلَّمۡتُم مَّآ ءَاتَيۡتُم بِٱلۡمَعۡرُوفِ‌ۗ وَٱتَّقُواْ ٱللَّهَ وَٱعۡلَمُوٓاْ أَنَّ ٱللَّهَ بِمَا تَعۡمَلُونَ بَصِيرٌ۬

Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). Kemudian jika keduanya (suami isteri) mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut dan bertakwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.


al-baqarah ayat 233

aku dapat rasakan banyak lagi ayat yang menyentuh pada ibu....

cuma aku tak faham.... kenapa ada orang yang bercakap pasal agama pandai... tapi bila sampai masa laksanakan syariat.... semua yang dibuat ikut nafsu.... ikut mana yang sesuai dan seronok untuk dia....

aku sentiasa mendoakan ibu dalam keadaan sihat sejahtera...

dan aku berdoa agar aku bukan dari golongan yang derhaka pada ibu....

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.