Perginya seorang sahabat: Al-fatihah buat as-syahidah Puan Che Norfazilah binti Che Man

mesej pertama daripada kak han:

salam, buat rakan2 & adik2 ku semua. sama2 ita buat solat hajat. moga Allah selamatkan rakan kita Ilah.

mesej kedua daripada azwa:
Ilah dah bersalin. anak selamat. tp Ilah bleeding teruk. skrg masih kritikal, masuk icu. transfer dr kbmc ke hosp gov.

dari pada azwa lagi:

hang xdpt ke msg2 smlm? xsure icu mana kbnc @ gov. tp mlm smlm kt nak transfer n nak operate utk stop bleeding. tp xbuat lg. laki dia bagitau 50 50. info, ehsan drpd zuraihah.

mesej seterusnya daripada kak han:
rin, Ilah dah meninggal

innalillahi wa inna ilaihi roji'un terus keluar dari mulut aku...

lepastu sms berderu masuk dalam mesej box henset aku...

sebelum dia cuti ari tu, aku ada borak2 dengan dia kat kerusi batu foyer pejabat. macam biasa. dia kelihatan seperti ibu2 mengandung yang lain. setahu aku dia juga tak mengalami kesan sampingan yang teruk masa mengandung. aku pernah berseloroh dengan dia..."hang minumlah manis2 nanti kena minum air gula nanti..". dia jawab "aku memang kena cek gula pon rin sebab dalam family aku dah ada history kencing manis" sambil senyum

baik orangnya... pendiam orangnya, tak banyak cakap.... bila perlu saja dia cakap.... tegas...

Allah lebih sayang dia.... dan Dia telah jemput Ilah bertemu dangannya... dan pergilah Ilah buat selama2nya sebagai syahidah... dia meninggal kerana melahirkan anak sulungnya... itulah pengorbanan tertinggi seorang ibu dan sudah pasti ganjaran yang tinggi pula dari Allah.











Al-Fatihah buat As-Syahidah Puan Che Norfazilah binti Che Man

1 comments:

Taher Kasa 11:48 PM  

Kata arwah mak saya orang mati bersalin mati syahid, semoga Allah mencucuri rahmat keatas rohnya.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.