Ramadhan : Menjelmakan sifat sebenar insan

ni bukan gambar kepunyaan aku... sumbernya aku lupa

orang kata... waktu kita tersepit, masa tu lah segala sifat kita akan terzahir. masa kena kejar anjing, parit selebar mana pun kita boleh lompat, tembok tinggi mana pon kita boleh panjat... bukan orang jer cakap... aku sendiri pernah kena kejar anjing, dan hasilnya amat lumayan... cuma bila cuba sekali lagi, memang aku tak boleh buat....

ramdhon pon aku rasa sama denga situasi tu... aku cakap pasal aku lah ek... kalau korang pon sama nak buat macam mana kan, bukan aku nak ngata sapa ye...

itulah lemah dan kerdilnya diri aku... terkadang kesabaran itu tersingkap dari dasarnya dan maka waktu itu hilanglah kesabaran. ramadhon mengkehendaki seorang muslim untuk menahan diri dari segala sifat mazmuah... itulah inti patinya. cuma sejauh mana aku dapat laksanakan semua itu. satu tahap aku merasakan ada kegagalan dalam diri... dan perlu diperbaiki dari semasa ke semasa. aku bukan nak menceritakan keaiban diri... tapi aku nak cerita situasi sebenar berlaku dalam bulan ramadhon. sebab itu ada ulama mengkelaskan puasa ni kepada tiga bahagian... dan aku berada pada tahap puasa orang awam...

ada cerita sikit...

malam tadi sewaktu balik dari menunaikan solat sunat tarawih aku singgah di petrol pump untuk isi minyak. biasalah dah hujung minggu ni minyak pon dah hujung jugak. sesudah minyak di isi aku pon meneruskan perjalanan pulang... dari masjid negeri Arau ke rumah aku mengambil masa lebih kurang 15 minit dengan kelajuan yang sederhana. sebaik keluar dari petrol pump tu aku terserempak dengan segerombolan manusia menunggang basikal bukit...

ya malam.... aku cerita ni malam ler... kumpulan tu aku perhati ada yang bertudung dan tidak. jangkaan aku mesti ada penunggang muslim. situasi ini berlaku pada malam ramadhon yang penuh barakoh. timbul pertanyaan dalam diri aku... mana yang utama solat sunat terawih atau aktiviti menunggang basikal.... ya agak sukar aku menjawabnya... lantas aku meletakkan minda aku supaya berfikiran positif... "mungkin diaorang solat isya' dan sunat tarawih di rumah kut..."

malam sebelum malam tadi...

balik dari masjid, aku lalu depan pusat futsal... dan aku perhati ada anak2 muda muslim (aku agak muslim ler sebab potongannya macam orang melayu... tapai susah gak buat telahan awal... sebab kat utara ni orang siam pon nampak macam muslim gak :)) sedang rancak bermain futsal... kalaulah depa tu orang muslim... apalah yang depa fikirkan... kenapa agama sukar sangat untuk didahulukan. kenapa... pada aku inilah antara punca kerosakan akhlak yang terzahir dengan perbuatan pembuangan anak dan macam2 lagi perkara negatif...

aku saja nak berkongsi...

bukan aku nak salahkan sapa2...

aku cuma ingin perbaiki diri dan keluarga aku...

dan aku terus berdoa untuk kebaikan orang lain jugak...

1 comments:

Taher Kasa 11:17 PM  

Salam, inilah negara kita yang merdeka. Harap apa yang ditulis menjadi satu pengajaran kepada kita dan mereka, semoga Allah memberi hidayah kepada kita dan mereka juga. Kita boleh lihat dan meyesali apa yang berlaku, mungkin itu saja yang mampu, tak kan nak menjerit kat depa kot. Semoga Allah memberi petunjuk dan hidayah kepada kita semua, dan semoga Allah sentiasa menguatkan iman kita.

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.