kekadang kita rasa masa yang kita ada tak cukup, kenapa? apakah kita dah guna sepenuhnya masa yang ada. bagi aku sebenarnya kita dah terlalu banyak masa dengan kerja yang tak berfaedah. apa pulak yang dimaksudkan dengan perkara yang berfaedah dan yang tak. mari kita renung dan fikirkan.
suatu masa dulu aku pernah kerja dengan penuh rasa kebimbangan. adakalanya aku rasa seperti ada yang tak kena dengan diri aku sendiri... hmmm atau suasana kerja itu sendiri. aku bermula dengan kerjaya yang tiada jaminan masa depan yang cerah. cuma aku amat berterima kasih dengan pengalaman yang banyak aku perolehi.
banyak ragam yang boleh aku senaraikan dalam suasana bekerja ni. dari dulu sampai sekarang suasananya sama cuma yang berbeza adalah watak2 yang ada dalam suasana tu. segala sifat buruk atau mazmumah wujud. aku selalu tertanya, tak bolehkah semua orang bersatu, saling menyokong antara satu dengan lain. tapi dalam mana2 komuniti pasti ada sikap buruk.
hmm.... apa aku melalut ni.... bukan apa, aku teringat awal2 keje dulu.
Hari Rabu malam Khamis
Posted by
askRAIN
Wednesday, February 18, 2009