Malam telah larut

waktu semakin suntuk... kesian aku tengok wife aku... dia sekarang dah masuk minggu ke 36... trimester yang terakhir atau boleh aku katakan la ni tunggu masa saja untuk bersalin. dalam tempoh ni jugak aku risau untuk jalan jauh dan keluar rumah lama2. sekarang ni kerja2 yang berat aku yang buat...tak banyak mana pon. yelah kekadang aku tak faham keperluan orang perempuan mengandung ni... salah aku gak...banyak hal sebenarnya kita kena faham dan tolak ansur dengan depa ni. aku sedang belajar untuk cuba untuk memahami.... sekarang yang mejadi kerisauan aku kalaulah wife aku bersalin kat sini... macam mana ek... bukan aku takleh jaga tapi amni sapa nak jaga kalau emergency tengah2 malam... kami sebatang kara kat sini... hmmm...

rancangan asal aku nak hantar wife aku ke klate... bersalin kat sana.. hmmm aku kalau boleh biarlah dia bersalin masa aku ada kat sekitar dia... masa amni dulu aku tak sempat nak balik kampung.. sebab dia lahir tengah malam... harap kali ni due tepat dengan jangkaan... huh mencabar jugak bila duk jauh dari keluarga... tapi sebenarnya takde masalah yang besar pon... sekadar aku risau kat mana nak tinggalkan amni... kalau siang takpa... tapi kalau malam camner... huh..

kat pejabat...


ikan gapi Ketua Jabatan aku... eh sejak bila dia suka bela ikan ni... musykil aku...

dengar cerita akan ada Ketua Jabatan yang baru untuk jabatan aku.... kalau betul, harap yang datang tu orang yang tolak ansur... cukup bagi aku.... yang lain terpulanglah...



balik pejabat....


singgah kedai runcit kejap.... wife aku nak beli kelapa parut... dia nak masak gulai ayam kelantan... aku makan jer.... sejak asimilasi ni aku banyak dah makan makanan kelantan yang aku tak pernah makan...






stor bergerak..... macam2 ada....








hmmm mujur lah apek tu tak sumbat sekali barang basah.... kalau tak jadilah kedai runcit bergerak...

3 comments:

pakcik ultroman 9:50 AM  

pakcik doakan semoga sumenya berjalan lancar.. dah nak sampai masa tu rain..kdg2 terawal.. kdg2 terlambat..hehe.. pasal amni tu kalo emergency tgh malam ko antor jer kat rumah pakcik on the way ke hospital..no hal punya :) semoga sumenya selamat..

Unknown 1:27 PM  

X lama lg tuh azrin nak jd ayah...alah cian nya risau gak kan tetiba nak bersalin mlm nak letak mana amni tuh..so bila nak hantar wife kelik klate...

askRAIN 12:27 AM  

pakcik: amin....tu lah pasal... aku sejak dua menjak ni risau jer... yang pelik masa amni aritu ok jer... mungkin bila nombor dua memang cuak kut... kena menuntut pengalaman dengan pakcik lepas ni..

meen... "X lama lg tuh azrin nak jadi ayah"... hmmm ni dah nak masuk dua dah .... so ayah untuk yang kedua ler... rancang kelik klate 31 ni...

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.