Pagi selasa: Daftar pelajar baru

"abang saya nak mintak tukar course dan tempat belajar...."

"saya tak bayar lagi yuran pendaftaran bang... sebab saya tengah tunggu untuk masuk uitm... saya dapat tawaran ke shah alam... tapi mintak tukar ke arau... sekarang saya tengah tunggu..."

hmmm... antara dialog yang dapat aku rakam semula... sebenarnya ada banyak lagi senario yang nak aku masukkan kat sini... tapi cukuplah untuk aku paparkan dua ni jer... aku buka untuk sesiapa yang lawat blog ni komen.... aku malas nak bagi ulasan...

zaman aku dulu... dapat jer sambung belajar rasa suka sangat...apatah lagi kursus yang dimintak tu kena dengan jiwa raga kita... masa aku dulu alhamdulillah kursus yang aku mintak memang aku mintak.... memang ada beberapa tawaran lain tapi aku tolak terus (maksud aku tak p langsung daftar... sebab aku tau kalau daftar jer....1) buang duit jer kalu dapat tempat lain...2) kalau tak dapat tempat lain dan aku teruskan perkara yang aku tak minat, hancus gak).... bila aku tolak terus aku ada alasan aku sendiri... macam biasa aku tetap dengan pendirian aku hehehe.... cuma masa tu aku tengok gak kepentingan kursus yang aku pohon atau ditawarkan tu ada masa depan yang cerah ke tidak... inilah kayu ukur aku untuk aku tolak bidang yang secara langsung dan tak langsung ditawarkan untuk aku masa tu... sebab tu jugak aku terima tawaran untuk diploma sains komputer masa dulu walaupon aku ni budak arts jer..... aku sahut cabaran tu walaupon aku masa tu buta komputer tahap maksima hehehe....

dorongan tu disebabkan senario pekerjaan masa tu memerlukan pakar komputer... aku pon redah jer... masa tu tak tau nak katalah kan... maklumlah budak arts macam aku ni duk sekelas dengan budak sains... pilu gak aku.... mana taknya... result depa untuk add maths ganas... aku setakat maths moden jer.... bila masa kelas maths berpeluh aku sebab masa tu guna add maths... yang ada asas seronok beruk la.... aku ni hah.... berpeluh2 nak pahamkan formula maths (bayangkan orang arts nak fahamkan formula.... nangissss beb) tapi aku terus cuba.... satu perangai aku yang agak positif (aku rasalah...) aku tak ngaku kalah... tiap hari aku jumpa lecturer maths tanya soklan.... lepas tu lepak library cari latihan2 yang luar dari latihan lecturer maths bagi dan cuba selesaikan (pon begitu sampai la ni aku tak berapa fasih maths...hehehe)... mujur lecturer tu tak bosan tengok aku... kalau lecturer tu p library dan nampak kelibat aku kat meja sorang berkerut dahi, mesti dia datang melawat aku hehehe.... terima kasih sangat kat lecturer tu (lupa lak aku nama dia)....

masa tu aku mohon bidang yang sememangnya keperluan semasa... tapi sekarang aku tengok sesetangah orang suka ambik bidang yang dia suka (boleh ikut dia suka tapi biarlah sesuai dengan keperluan semasa) dan satu lagi bidang yang "selamat" tak der saingan.... hmmm tak mengapalah aku tak salahkan itu semua.... bagi aku zaman dah berubah.... pada pemerhatian aku zaman ni setiap bidang sama pentingnya... tak kira bidang apa... semuanya boleh hasilkan duit... apa saja bidang.... apa saja... aku rasa itulah zaman sekarang. perkembangan amat pantas. setiap individu perlu ada nilai tambah.

kepada sesiapa yang masih mencari haluan hidup... percayalah Allah dah tetapkan rezeki setiap anak adam.... yang penting ketaqwaan pada Allah... dan pasti Allah akan kurniaan rezeki yang datang dari sumeryang kita sendiri tak sangka2....






siap siaga tunggu pelajar baru masuk....














sebahagian pelajar dah mula masuk.... macam biasalah "mek" lagi ramai daripada "awang"

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.