Amni dan ayah

sehari dua ni amni tak ke taska... taska dengan rasminyer ditutup sementara waktu. beberapa orang "student" dah kena jangkitan penyakit kaki tangan dan mulut (hmmm.... lupa pulak nama penyakit tu... kaki dulu ke tangan dulu) jadik amni aku dan umi dia ganti2 bawak ke pejabat... mujurlah sekarang ni tak sibuk... amni pulak suka main2 dekat pejabat.... oklah tu... kalau dia nangis payah pulak aku.

petang dan malam ni pun amni main dengan ayah dia saja... umi dia tak berapa segar... dah hujung tri-semester ni keadaan umi amni kurang segar. tak lama lagi amni nak dapat adik. kesian kat umi amni... semoga Allah permudahkan perjalanan yang seterusnya untuk umi amni.

esok amni akan ikut ayah dan umi ke pejabat....




lepas amni mintak susu terus dia tidur.... ngantuk sangat kut, siang tadi duk main banyak sangat.






amni kat pejabat.... dia suka sangat kambing... tu dia periksa storyboard pelajar aku.... cerita kartun kambing... :) siap meniarap lagi.... terkejut aku... sempat aku capture.






amni tengah explore meja aku..... aku bagi pensil dan pemadan... dan kotak pensil







suka sangat amni dengan kotak tu....

5 comments:

pkksabah 6:24 AM  

1.Ana pun cutik Khamis & Jumaat..bukan sebab penyakit tu tappi memang dah plan lama.Tu nak mintak ante meng "azan"kan di Pusat Islam deh..(ingat..mula imbuhan "meng..." tu)selam ana bermusafir kelana.
2. Virus tu..Ana ada pi tengok anak2 yg ada kat nursery. Suspect awal ialah anak sahabat kita yg baru balik kampung (Ante cari la sendiri sapa dia..)lepas tu berpenyakit dan dihantar ke nursery. Alaaa...ana pun pernah tengok condition anak dia ni. ..apasal la still hantar nursery. Mak Ngah nak tegur..tapi kita kena la faham..condition dia nak tegor "PENSYARAH!!!"Lastly dia suruh bawak la ke klinik.

askrain78 9:10 AM  

1. berat tuuuuu.... tapi akan cuba dilaksanakan... moga Allah beri kekuatan... (telan air liur..)
2. sama la dah dengar gak perkara tu... tapi sahabat tu kata anak dia jatuh kat kg n gatal2 jer... bila cek... sahhhh... tapi lambat pulak inform kat pusat sukan.... eh nursery.. ni orang kat nursery bagi tau... mungkin sahabat tu lupa kut.

adanz 9:02 AM  

HMFD... hmmmm ni la masalah kalu anta anak2 kat nursery kan... tp apakan daya kadang2 tu pilihan amat terhad.

askrain78 4:38 PM  

masalah yang kena dihadapi bila dah ramai2 dalam satu "kelas"... macam kita ler... sorang kat pejabat selsema... dua tiga hari ada staf lain yang akan mewarisi selsema tu... arakian.... saborrr je laa... nak ambik maid tak mampu pulak... :)

pakcik ultroman 11:44 PM  

mudah-mudahan semuanya kembali pulih seperti sediakala..

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.