Paksa.. terpaksa... memaksa...

Atas meja aku terbaring sampul surat pos laju... aku belek... sah... sah dari maybank. dari jauh tadi aku dah agak dah sampul surat dari maybank... sebab... sebab warna dan bentuk tulisan serta design pada surat dan sampul tu... dalam sampul tu ada kad kredit.. 2 3 kali jugak orang maybank call aku... depa tanya sama ada aku dah dapat ke belum kad yang depa hantar untuk aku.. apa yang aku cakap... "boleh tak kalau saya tak nak kad tu... i dont believe in credit cards".. depa kata kalau en taknak guna jangan pakai pastu p terminate... tu yang aku faham depa cakap... yang lain... maksud aku ayat pujuk depa yang lain aku tak layan dan tak faham serta memang aku tak nak faham.. kejap tadi pon ada lagi depa call... depa kata nak call aku lepas lunch... hmmm apa lagi ayat pujuk depa aku pon tak faham... dan taknak faham...

ceritanya bermula macam ni...

aku buat loan kete maybank... bila dah lulus tetiba bahagian apa ntah aku lupa tapi maybank gak la depa kata kad kredit ni termasuk pakej... depa bagi sekali untuk sapa2 yang buat loan kete dengan maybank. aku bila dengar kad kredit ni terus aku "tak nak". aku tak suka kad kredit (walaupun ramai yang kata baguih bila kecemasan.... nanti aku ulas) dari mula2 dikenalkan sekitar tahun 97 camtu (berkembang kat malaysia secara pesat la waktu tu... salah sorang lecturer aku kat upm dulu dia terlibat buat smart kad ni). aku tak pasti kenapa tetiba ada pakej dalam loan aku tu... sebelum ni depa tak bagitau aku pon... poyo betul.

pasal kad kredit...

isy aku mungkin berpandangan ortodok dalam hal ni... bagi aku sebanyak mana ada duit dalam poket sebanyak tu lah aku berbelanja.... mungkin kurang (nak jimat) dan ikut keperluan dan kemampuan. kad kredit ni akan membuat aku berbelanja ikut nafsu... lagi pon aku susah nak kawal kuasa membeli aku... kalau guna cash money pon aku kekadang terlajak inikan pulak kredit kad... kalau untuk bergaye... bior le... asal teman tak pape udoh lerr (pkksabah tolong betulkan grammer teman yer :)) hmmm aku pasti ada yang tak setuju dengan aku... hmmm walaupon apa pendapat korang aku nak mintak maap bebanyak aku tetap dengan kedegilan aku hehehe tapi sedara/ri boleh beri pendapat.... sebarang pendapat akan di siarkan melainkan pendapat yang mencarut hehehehe...

maapkan aku kad kredit korang tak boleh pengaruhi aku...

tengah tunggu orang maybank tu call aku.... hmmm apa pulaklah pujukan diaorang kali nih...

3 comments:

Taher 3:09 PM  

Hantar balik je, potong dua pos balik, benda ni macam ada sumpahan, belanja RM1000, sepuluh tahun pun tak habis bayar, cayalah cakap saya.

adanz 8:11 AM  

betul tu en taher, mende ni kalu rasa diri boleh disiplin, biokan je, jgn guna. kalu rasa diri tak kuat, patahkan atau gunting, kompom takleh guna dah... konsep cc ni selagi kita x penah swap, jgn risau la. cuma bila dah terswap.. huhuhu mau tau lor

askrain78 8:24 AM  

Petang semalam masa balik dari pejabat sempat borak pendek dengan en Taher...

jangan guna kalau rancang taknak bayar hehehe....

aku pulak... jangan guna walaupon nak bayar... :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.