Lepas audit sirim

Suasana selepas audit sirim...

hari ni aku cuak sangat... ceritanya sebab nak kena audit... auditor dari sirim... yang datang tu sorang saja tapi seluruh jabatan kelam kabut. tapi orang kata orang yang kelam kabut tu sebab kerja tak buat dan tak siap... betul ke. Dan kadang2 aku rasa ada gak yang tak buat dan tak siap kerja rileks je. eh mana yang betul ye. dunia ni betul2 dah berubah. aku terfikir... aku ni sebelah yang mana ye... bila rasa kerja dah siap tapi ada saja kesalahan yang aku buat.. tu yang selalu aku rasa... jarang sangat aku rasa kerja aku dah siap dengan success.. kecuali makan tu pon sebab aku basuh pinggan lepas makan hahahaha...

apakah ketenangan ini akan berlanjutan.... :)

audit yang berlarutan...

audit ni yang paling aku takut. audit dari mula aku baligh sampai nafas aku yang terakhir. setiap detik akan diaudit. ada dokumen yang telah tersedia... tak payah nak buat fail sokongan atau fail meja.... bedasarkan ayat "setiap mukmin itu adalah khalifah" sudah cukup untuk menggerunkan aku. tu belum lagi ayat "setiap mukmin akan dipertanggunggjawabkan dengan apa yang dilaksanakannya"... amacam boleh lepas tak audit ni rasa2nya.. kalau difikirkan dimanakah aku patut diletakkan... MEJOR NCR... atau apa.... hmmm... sukar untuk membuat telahan sebab setiap penilaian yang dibuat adalah Maha Adil siap dengan bukti lagi... kalau sekarang kita boleh ada bukti gambar atau video... "kat sana" nanti pasti ada bukti yang tak dapat kita bayangkan.. seperti yang rasulullah bagi tau... "kiamat tu adalah sesuatu yang tak boleh dibayangkan dengan akal fikiran" dan semuanya melangkaui akal fikiran manusia.

hmmm.....

sudah bersediakah aku untuk menghadapi hari yang dimana tiada guna lagi harta benda dan anak pinak...

sudah cukupkah bekalan....

sudah cukupkah amalan....

sudah terjagakah perbuatan...

aku cuba sedaya upaya untuk sentiasa mengingat perkara yang menghilangkan segala keseronokan.... ajal...

menanti dengan penuh debaran...







1 comments:

pakcik ultroman 12:14 AM  

alhamdulillah.. selesai dah audit dunia.. yang boleh kita lari dan terlepas bagi yang tak kena ler..hehe.. macam pakcik nasib x baik.. terpilih lak pada hari tu utk diaudit.. sedangkan audit dalaman dalam poli x pernah terpilih pun..hehehe.. nasib baik boleh 'layan' jer auditor tu.. tah apa tah resultnya pakcik pun x tahu.. hanya ultroman yg mengenal raksasa.. nampaknya audit dunia lepas dah.. audit akhirat lak yang sentiasa berpanjangan yg pasti menanti kita kelak.. yg pastinya xde siapa yg akan terlepas.. :)

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.