Pagi subuh sebelum ke Kelantan

Alhamdulillah...

akhirnya yang ditunggu dah tiba... hampir dua bulan lebih tersangkut dekat KL akhirnya "anak gajah" ni sampai jugak ke perlis. banyak jugak laluan sukar untuk dapatkan "anak gajah" ni... tak yah cerita lah kat sini biarlah rahsiaaaa... bayangkan segala urusan dibuat secara maya... aku kat perlis.... segala urusan berlangsung di KL..... mesti ada yang tertanya kenapa tak beli kat perlis je... hmmm atau alor setaq... atau penang... jawapan aku... suka hati aku lah hehehehehe...

bukannya apa... beberapa bulan lepas ada promotion dan adik aku kenal dengan orang yang jual (dealer) "anak gajah" ni... masa yang sama aku ada berniat untuk beli kete besar sikit sebab selalu travel jauh2 balik kampung... kenderaan yang ada sekarang ni agak sempit untuk perjalanan jauh, lagi pulak aku bukannya kecik :) nak tukar gear pon berselisih dengan lutut "orang sebelah" hehehe... niat tu aku bagitau kat adik aku... kebetulan ada promotion... jadik aku dapat harga yang agak "murah" daripada harga sebenar... body kit free, kat situ aku dah jimat 2800RM... interest bank pulak 2.37 jer... model "anak gajah" ni pon aku ambik yang spesis auto paling murah... model E... kalau G mahai sikit lagi...

tak mengapalah, asal selesa untuk jalan jauh ok je kut... oh ya kete kembara aku... hmmm yang tu aku bagi adik aku guna nak jual harge nya jatuh sangat, bagi kat dia boleh gak dia uruskan adik aku yang sekolah lagi tu... p balik sekolah dan tuisyen... eh lupa, nombor plat tu pon beli gak... yang ni adik ipar aku pulak yang adjust untuk aku hehehehe dia pegawai IT (gred 44.... aku 41 jer bila nak naik ek.... lama lagi harap tak pencen dengan 41 jer :)) dekat JPJ... so sekali lagi urusan aku ada talian hayat hehehe... jangan jelousssss...

aku terfikir sejenak.... kat mana pulak aku nak tambat "anak gajah" ni kat rumah aku... "kandang" ada satu je tu pon untuk "ferari" wife aku tu... hmmm.... lu pikirlah sendiri...


"anak gajah" semasa hari2 akhir tersangkut di KL sebelum di make-up dengan tinted dan "cermin intai belakang" (terms yang aku bagi untuk cermin belakang tu)

sekarang dah berada di perlis...... vrommm vrommmm... janggal pulak bawak auto... asyik nak tukar gear je....



teringat ayat dalam solat subuh pagi tadi...

pengerusi masjid (pusat islam) kat tempat aku baca ayat 285-286 surah Al-Baqarah dan surah Dhuha (wa dhuha) di bawah ni aku cuba letakkan tafsirnya... sumber aku dapat dari site ni http://www.quranexplorer.com/

285-286 surah Al-Baqarah:

Rasulullah telah beriman kepada apa yang diturunkan kepadanya dari Tuhannya dan juga orang-orang yang beriman; semuanya beriman kepada Allah dan Malaikat-malaikatNya dan Kitab-kitabNya dan Rasul-rasulNya. (Mereka berkata:) Kami tidak membezakan antara seorang dengan yang lain Rasul-rasulnya. Mereka berkata lagi: Kami dengar dan kami taat (kami pohonkan) keampunanMu wahai Tuhan kami dan kepadaMu jualah tempat kembali. (285)

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Dia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya dan dia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir. (286)
surah Dhuha:

Demi waktu Duha. (1)
Dan malam apabila ia sunyi-sepi. (2)

(Bahawa) Tuhanmu (wahai Muhammad) tidak meninggalkanmu dan Dia tidak benci (kepadamu, sebagaimana yang dituduh oleh kaum musyrik). (3)

Dan sesungguhnya kesudahan keaadaanmu adalah lebih baik bagimu daripada permulaannya. (4)

Dan sesungguhnya Tuhanmu akan memberikanmu (kejayaan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat) sehingga engkau reda (berpuas hati). (5)
Bukankah Dia mendapati engkau yatim piatu, lalu Dia memberikan perlindungan? (6)
Dan didapatiNya engkau mencari-cari (jalan yang benar), lalu Dia memberikan hidayat petunjuk (dengan wahyu Al-Quran)? (7)

Dan didapatiNya engkau miskin, lalu Dia memberikan kekayaan? (8)

Oleh itu, adapun anak yatim maka janganlah engkau berlaku kasar terhadapnya. (9)

Adapun orang yang meminta (bantuan pimpinan) maka janganlah engkau tengking herdik. (10)

Adapun nikmat Tuhanmu, maka hendaklah engkau sebut-sebutkan (dan zahirkan) sebagai bersyukur kepadaNya.(11)


daripada tafsiran tu banyak perkara yang dapat kita peringatan yang perlu diambil perhatian.... cubalah baca.. aku dah highlight ayat yang dapat bagi semangat kat kita... semua ni berdasarkan pemerhatian aku yang cetek ilmu agama ni... sila rujuk orang yang ahli bidang agama untuk rujukan yang sempurna




Perjalanan....

kejap lagi aku akan berangkat ke kg wife aku...

berehat mnda...
berurut... untuk wife aku...
jalan2...
tambah koleksi kurta (baju separuh jubah) aku hehehe... (selalu aku kena marah sebab dah banyak dalam almari aku tapi aku pakai satu jer hehehe)



perjalanan hari ni penuh dengan pemandangan yang indah... tanda kebesaran Allah dan tanda wujudnya Allah yang maha pencipta... Allah akbar..

0 comments:

[ Empunya Blog ]

My photo
Ada apa pada nama... nama memberi ruang kepada si pemakainya untuk menterjemahkan sifat atau sikap yang terkandung disebalik nama. Pengenalan bermula dengan sapaan dan diikuti dengan persefahaman. salam ziarah buat semua

: : Tentang Blog : :

Blog ini adalah sebahagian daripada perkongsian aktiviti seharian aku. Kebanyakannya untuk paparan teman yang jauh dan dekat bagi meneruskan kelangsungan persahabatan.